Aktiviti malam di mulai dengan mengukur UK Fun Park. Yahoo!! dapat pergi fun fair setelah sekian lama.
Ada banyak permainan siap duit jelah. Ada juga yang tempat mainan yang dapat hadiah bear la itu dan ini aku tak snap gambar sebab ramai orang.
Majoriti yang datang sini adalah cina ye.
Tetiba ada bunga api muncul. Siapakah yang main bunga api ini.
Kaya ye rakyat jelata sekarang, banyak duit dia orang bakar benda macam ini.
Ada mainan untuk kanak - kanak juga.
Yang suka berlumba boleh masuk sini. Langgar sini tak pe, bukan langgar lari.
Permainan extreme pun ada juga. Yang ini sebelum bermula.
Ini baru manja - manja katnya.
Sekali kena hayun macam ini terjerit - jeritlah.
Ada juga kerusi terbang. Teringat dulu - dulu naik ini beberapa kali waktu pergi Genting. Dulu harga mampu milik sekarang tak tahulah mungkin harga tercekik kot!
Dia akan bagi tahu berapa token yang dikenakan untuk setiap orang.
Aku snap gambar semua kat area yang tak ramai orang. Tak kuasa nak bersesak - sesak.
Akhirnya pilih naik ini. Kegemaranku.Aku suka yang tinggi2.
Ini jelah bukti gambar yang ada.Walaupun dalam samar bayangan.
Penerangan tenatang harga token dan jenis mainan.
Jom menuju puncak
4 token untuk 1 orang dewasa.
Masuk ikut sini.
Kaunter untuk pertugasnya.
Menanti giliran.
Akhirnya dah mula naik ke atas.
Permandangan dari atas. Kerusi berpusing tanpa orang.
Itu antara manusia yang ada.
Gayat tak? Sebab dah lama tak naik terasa sikit gayat. Tapi sebenarnya okay sahaja.
Muka ada senyum sebab kembali menjadi kanak - kanak riang.
Lagi gambar dari atas 'langit' dan ketinggian.
Risau juga ambil gambar sekali pegang HP kan. Walaupun HP biasa - biasa kalau jatuh ke tanah... erm.
Selepas 5 pusing terus di buka pintunya. Masanya melangkah pergi. Nak dinner kat mana?
Hadir tanpa sengaja. Dah lama tak makan satay/sate. Lokasinya sebelum Hotel Seri Malaysia Seremban.
Keadaan Restorannya. Jadi pilih kat bahagian luar sahajalah.
Menu dan pilihannya.
Harga sate kat sini.
Ambil sate ayam 2, daging 2 dan kambing 1. Pada amal tekak aku sate daging sedap di sukai ramai.
Dekat nak habis baru sampai bihunnya. Bolehlah. Tak ada terlalu sedap.
Next kita healing malam2 kat Bandaraya Seremban ini. Ada ambil gambar kat Padang tapi semuanya tak menarik untuk di publish.
Ada ramai yang naik macam - macam jenis kenderaan dekat laluan yang telah ditetapkan.
Malam di Seremban. Kemana lagi destinasinya. Jom lah ke lokasi terakhir.
Tak masuk pun kat sini. Ada jualan sepanjang jalan depan Hotel. Ada jualan makanan dan minum. Siapkan duit sahaja.
Ada jualan juga kat lorong ini. Macam lorong seni je. Betulkan?
Ada jualan produk pre-love juga.
Ada jualan kopi juga.
Dinding bintang seni tanahair. Alleycats & Arwahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.
Mood nak bergambar dan menjejak dinding kat lorong seni tak terwujud. Jadi snap apa yang ada sahaja.
Antara gerai jualan yang sempat snap.Yang lain semua gambar ke laut China Selatan.
Nota Kaki : Mungkin lepas ini boleh healing kat area Kuala Pilah pulak ke? Tunggu episod terakhir di Seremban, Negeri Sembilan pada entry esok hari.,



.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)




.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
meriahnyaaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah, sesekali jalan2 luar KL/Selangor
DeleteSenang la... takyah gi jauh2 ke Genting nak main2 ride... Sini pun ada....
ReplyDeleteKat negeri lain pun ada je fun fair macam ini. Dia orang biasanya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
DeleteMesti masa ko naik tu, ko teringatkan Najla kan. Aku camtu la kalau gi tempat2 camni mesti teringat bestnya kalau budak2 tu ikut sekali haha
ReplyDeleteYa. Best memang best tapi siapkan duit je lah.
Deletezmn my boys kecik2..i ada jugaklah gi funfair gini!!!
ReplyDeleteTue lah lepas ini nak bawa anakku Najla Nazihah pergi yang kat Rawang tue. Yang kat tepi highway plus.
DeleteLama x g fun fair... kt kl mcm dah xde sgt kan... ako dl suka tul tgk circus juga hahaha
ReplyDeleteSelalunya time cuti sekolah. Baru ni ada nampak Fun Fair ni kat area sempadan Subang Jaya/Shah Alam
DeleteSeronoknya dapat pergi fun fair! Betul tu, bila naik kerusi terbang terus auto teringat zaman-zaman dulu kat Genting Highlands, memang menggamit memori betul. Tapi kalau dah lama tak naik, memang acap kali terasa gayat juga kat atas tu, haha. Janji dapat pusing-pusing lepaskan rindu zaman kanak-kanak..rupanya Shaizar pi R&K ye..so-so je situ..lorong seni tu malam minggu mmg ramai kat situ..Shaizar pi program baru kat bandar Seremban tu ye...program Moh Nonggok Kek Somban...SA pun x explore lagi..rimas ramai orang...hahahaha
ReplyDeleteMain pusing2 je malam minggu tu. Meriah juga suasananya. Saya pun jarang keluar malam sebenarnya. sesekali. konsep 'healing' kan.
DeleteWaaaah fun fair saya sukaaaaaa 😍😍😍. Trakhir puas main begini saat di Penang, masa masih kuliah di sana. JD ajak collegemate ke fun fair. Saya pikir dia suka wahana yg ekstrem. Jadi saya ajak lah main kapal viking, saya kira hanya berayun tinggi saja, ternyata 360 darjah putarannya. Saat kepala di bawah, berhenti pula beberapa detik 😂😂😂🤣. Saya sukaaaa, tp teman saya langsung muntah2 😂😂.
ReplyDeleteSkr tiap ke Malaysia dah jarang nampak fun fair ini. Kayaknya hanya di waktu2 tertentu yaa