644 - Pasar Saloma @ Matahari Mall, Taman Medan Petaling Jaya

shaizhar
14

 

Setelah sekian lama.Akhirnya mencemar duli ke Pasar Saloma. Tarikh kejadian adalah pada 18 Jun 2026 selepas balik kerja.

Mulakan langkah dari arah sini.

Jualan Rojak, Cendol & ABC

Ada jualan jeruk. Aku tak minat jenis makanan macam ini.

Sini ada jual Popia dan Tahu Bakar.

Deretan aneka macam air balang.

Petang yang damai dan tak berapa nak ramai orang, jadi tak bersesak sangat.

Macam - mana jenis jualan. Siap duit sahajalah.

Ada jualan aneka dimsum. Macam menarik.

Yang mana minat milo bolehlah beli. Teringat zaman sekolah dulu ada lori milo datang ke sekolah.

Tempat untuk duduk dan makan - makan/ minum - minum.

Biasanya sebelum 6 petang akan ada program berkongsi rezeki.

Kat tepi ini ada tempat anak - anak menangkap ikan.

Macam - mana menu kan. Rambang mata tak tahu nak makan atau beli apa.

Akhirnya aku pilih yang ini.

6 ketul pada harga RM12. Ada yang tak berapa nak masak.

Antara menu yang peniaga kongsikan kepada pengujung (sedekah)


Antara rezeki yang aku ambil. Masa tu aku memang dah duduk kat meja makan area situ menikmati dimsum yang biasa - biasa sahaja. Alhamdulillah rezeki, kali terakhir masa kat Pasar Saloma di Kelana Jaya. 2 tahun lepas kalau tak silap. Ke memang silap.

Ayam korea ke ni? Ntah la. So - so je. Apa pun terima kasih yang berkongsi rezeki. Yang penting habis.

Gambar pun macam apa je kan. Tak pe janji ada. Ni peniaga last yang berkongsi rezeki iaitu keropok lekor. Bolehlah buat rasa - rasa. Dah makan tiga jenis ni terus gerak - gerak khas.

Nasi ayam kicap adalah menu kegemaran anakku Najla Nazihah.

Ini perniaga yang berkongsi rezeki iaitu Pisang Goreng.

Ada juga Kunafa di sini

Nota Kaki : Banyak je gerai jualan lain. Ada banyak juga yang manis - manis yang berkuah/bersup.
Tak berlama - lama terus gerak balik. Sekarang area Taman Medan memang meriah dengan durian. Kiri kanan depan belakang banyak gerai buah durian serta buah - buahan yang lain.

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Meriah dengan jualan makanan yang menarik. Tak pernah lagi sampai dekat Pasar Saloma ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikatakan setiap minggu dia orang pergi dekat tempat berbeza.

      Delete
  2. Pasar saloma ni ada di tempat lain? Macam pernah dengar namanya. Bagus depa berkongsi rezeki, moga bertambah laris jualan 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Yang suka makan/minum bolehlah singgah sini.

      Delete
  3. Wah x pernah jejak lagi ni pasar saloma... pelbagai jenis gerai ye... konsep mcm pasar malam ye

    ReplyDelete
  4. Pasar ni setiap hari ke? atau hujung minggu jerr.. punya banyak makanan.. habis gakk ratus ni kalau tak kontrol nafsu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya khamis, jumaat, sabtu & ahad. Lokasinya berbeza - beza. Ada je info dia kat FB. Taip je Pasar Saloma.

      Delete
  5. siap ada free food yer,..ok sgt tu..kira rezeki wpun taste-wise so-so jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki. Sebelum ini pernah dapat makan free ini masa dia orang buat kat Kelana Jaya.

      Delete
  6. Ada sangkut paut dengan lintasan saloma tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kot! antara sedar atau tidak. Yang penting dia orang guna nama 'Saloma' untuk menarik perhatian masyarakat majmuk.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !