641 - Breakfast Buffet : Restoran Tok Neban @ TTDI Jaya, Shah Alam

shaizhar
2

 

Hari kejadian adalah pada Rabu, 17 Jun 2026 yakni Public Holiday Awal Muharram. Sekitar 7.40 pagi dah sampai di sini.

Episod Buffet Breakfast/Sarapan pagi lagi. Harga mampu milik ye iaitu RM 11.90. Untuk yang bukan pemakan tidak disyorkan datang. Tak berbaloi.

Dekorasi di dalamnya.

Ada juga menjual kudap - kudapan dan produk lain.

Ada lontong dan bihun sup (tak ambil pun)

Ada jemput - jemput, roti jala dan kuah kari ayam.

Ada tembikai, ayam goreng, nasi lemak, bihun goreng putih dan rendang ayam. serta air teh, kopi , sirap dan ais kosong.

Round 1, tembikai dan teh o.

Round 2, roti canai kosong. Kuah dia sedap.

Round 3, bihun goreng yang biasa - biasa. Ayam goreng sedap rasanya guna tepung bestari dan rendang ayam yang macam tak cukup 'garam'.

Ada lagi pilihan kat sini.

Ada juga hidangan yang sesuai untuk kanak - kanak kecil dan besar.

Round 4, nasi lemak dengan rendang ayam dan ayam goreng serta nugget dan sosej. Rasanya biasa sahaja. Ambil sambal sikit takut pedas.

Round 5, lontong. Siap letak ayam goreng lagi. Ambil sikit buat rasa - rasa.

Round 6, lempeng dengan kuah kari ayam yang masin. Sangat masin. Ada kuih muih juga. Sandwich tu adalah sedap di tekakku. 

Kiri tu pinggan/mangkuk yang dah licin di makan.

Round 7, Pencuci mulut. Merasalah jadi kanak - kanak riang kejap.

Round 8, Eh! tetiba ternampak pulut kuning dan ikan masin. Ya sumpah!! ikan itu sangat masin.

Round 9, Repeat lagi sandwich bersama ais kosong.

Sekian, Terima Kasih.

Nota Kaki : Rasa berbaloi ke berbaloi - baloi kalau dapat seorang yang pemakan macam aku ini. Alhamdullilah kenyang sampai ke malam. Tapi bila malam tetiba lapar. Makan jelah apa yang ada kat rumah. Stock ready to eat banyak. Apa pun nantikan episod Breakfast Buffet di lokasi yang lain di episod akan datang. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !