633 - Happy 9th Birthday - Najla Nazihah Bt Shaizhar

shaizhar
21

 

                                Selamat Hari Lahir Ke-9, Puteri Daddy, Najla Nazihah ❤️

Assalamualaikum sayang Daddy,

Hari ini genap usia Najla 9 tahun. Walaupun Daddy dan Mummt sudah membawa haluan masing-masing, kasih sayang Daddy terhadap Najla tidak pernah berkurang walau sedikit pun.

Daddy bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang anak yang baik, kuat, bijak dan sentiasa menceriakan hati Daddy. Setiap senyuman Najla adalah kebahagiaan yang tidak ternilai buat Daddy.

Pada hari istimewa ini, Daddy mendoakan agar Najla sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan pelajaran, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat, serta sentiasa membesar dengan penuh kebahagiaan dan kasih sayang.

Semoga Najla sentiasa kuat menghadapi kehidupan, menghormati Mummy dan Daddy, rajin belajar, serta menjadi insan yang membanggakan keluarga suatu hari nanti.

Ingatlah sayang, walau apa pun yang berlaku dalam hidup, Daddy akan sentiasa menyayangi Najla, mendoakan Najla, dan sentiasa ada di hati Daddy.

Selamat Hari Lahir Ke-9, Puteri Kesayangan Daddy. 🎂🎉💜🩷

"Semoga Allah mengurniakan Najla Nazihah kehidupan yang penuh keberkatan, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kejayaan yang berpanjangan. Aamiin Ya Rabbal Alamin."

Dengan penuh kasih sayang,
Daddy Shaizhar❤️

14 Jun juga Birthday Kak sepupu bernama Nour Eizzah yang berumur 15 tahun pada hari ini.

Nota Kaki : Daddy sayang Najla


Post a Comment

21Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat Hari Lahir buat Najla Nazihah. Semoga Allah makbulkan semua doa Daddy Najla untuk anak kesayangan 🤲🏻 Ameen YRA

    ReplyDelete
  2. Hepi besday Najlah.. semoga membesar menjadi anak yg solehah

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah buat Najla! Semoga sentiasa menjadi penyejuk mata ibu ayah

    ReplyDelete
  4. Happy birthday to Najla Nazihah 🎂. Semoga diberi umur yang baik, dipanjangkan umur yang berkah, dilapangkan rezeki yang melimpah ruah, serta bahagia hidup di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal A'lamin 🤲🤲🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas ucapan dan doanya. A-Min

      Delete
  5. Happy birthday Najla. Kejap dah besar ea .. moga menjadi anak yang baik, solehah dan baik tutur kata dan akhlak .. aamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima Kasih atas ucapan dan doanya.

      Delete
  6. Selamat hari lahir buat Najla Nazihah. Anak kawan nama Iman Nazihah.

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday Najla Nazihah..smoga jd anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  8. sanah helwah najla! moga jd anak solehah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !