Pertama kali di sini. Hari kejadian adalah pada Selasa 02 Jun 2026. Live dia FYP kat my Tik Tok. Jadi memandangkan cuti panjang ini tak ke mana - mana jadi kita terjah KL sambil healing2.
Lokasi di Jalan Lumut berhampiran Bus Stand Pekeliling Kuala Lumpur.
Bugget Sarapan berharga RM 15.90. Jom tengok apa sahaja yang ada.
Ada ayam goreng. bihun goreng, spaghetti dan nasi goreng.Sebelah kiri ada juga sambal paru.
Bahagian nasi lemak.
Round 1 tapi dah 2 pinggan.
Nasi goreng biasa - biasa sahaja.
Ayam goreng - memenuhi citarasa anak tekak
Sambal Paru - Enak bangat .
Bihun Goreng - memenuhi selera
Ambil buah tembikai dan rojak buah.
Citarasa antarabangsa katanya.Ada ambil salad ini.
Ini dia tempat western dan noodle. Yang sup2 ini aku tak ambil.
Nasi lemak yang sedap di tekak.Tak ambil kacang sebab go out makin kerap menjadi kebelakangan ini kalau makan kacang.Padahal ikan bilis pun adik beradik je dengan kacang tak boleh melantak banyak. Sambal tak beberapa memnuhi citarasa anak tekak.
Ini Round ke 3 dah kot! ha ha ha. Citarasa antarabangsa katanya.
Ambil lagi ayam goreng, bihun dan lainya serta terselit goreng pisang. Ayam dia memang aku ambil banyak ketul.Agak kau orang berbaloi tak aku makan dengan harganya.
Acara penutup ambil pau durian.Tapi tak kuat sangat.
Di sudahi dengan pencuci mulut aneka macam periasa ais krim.
Penutupnya dengan rojak buah lagi. Timun tu macam tak enak di anak tekaku. Nenas tu rasa manis dan sengkuang tu sedap.Patut dia letak la mangga ke, jambu batu ke. Eh! eh!
Nota Kaki : Mungkin kali pertama dan terakhir.Orang ramai dan penuh.Ada juga tingkat atas. Aku duduk bawah sahaja.Tempat sempit.Jadi aku tak ambil gambar masa dalam tu. Apa pun satu pengalaman menikmati buffet sarapan harga B40. Kalau kat hotel mahu RM 40 ke atas ikut bintang.

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Kenapa FYP uncle tak lalu benda2 cam ni je? Kat uncle lalu pompuan joget2 je....
ReplyDelete(alamak... tercakap) hahahaha!
Amboi... live saya dengan video saya tak FYP kat UG ke? ha ha ha. Video potong rambut UG fyp kat saya.Tapi x drop komen pun.
DeleteBole la kan buffet harga tu.. macam² gak ado. Ye kena cuba sekali sekurang² nya
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba.
DeleteHarga tu kira okaylah tu, banyak variasi makanan yang ada.. siap ada sambal paru, mana nak dapattt
ReplyDeleteTapi kena datang awal, memang penuh orang kat sini. Kalau hari biasa tak pasti pulak. Mungkin ramai dengan orang ofis kot!
Deletenot bad lah buffet spread nya
ReplyDeleteSesatkan lah diri ke KL. Boleh cuba try test & rasa.
DeleteUntuk ukuran buffet, harga memang tak mahal yaaa. Saya biasanya dah skip kalau restoran konsep buffet. Sebab dah tak bisa makan banyak. JD macam rugi kalau pergi buffet.
ReplyDeleteTapiii kalau hrg tak mahal, saya mau. Sesuai lah dengan porsi makan jadinya
Ada lagi tempat yang harga buffet sarapan yang murah dari ini. Kalau kat hotel memang mahal lah.
Delete