Dapat jemputan kurang 24 jam dari Majlis tersebut. On ke tak on?
Terima kasih Kak Retna atas jemputan ini.
Rasanya tahun lepas tak ada open house. Jadi bermakna dah 2 tahun tak datang sini. Kali terakhir tahun 2024. Dah banyak perubahan sekitarnya. Nasib baik tak sesat.
Bukti dah sampai. Bergerak dari Bandar Sunway dalam 11.11am dan sampai sekitar 11.50am dengan santai - santai sahaja.
Masih penuh meja kuih raya. Yang penting balang kecil 1-4 semuanya 'Almond London' berbagai perisa. Yang balang besar tu best kudap - kudap.
Hidang penuh di atas meja. Ada Bakso + tayangan drama/filem Indonesia yang sesuai dengan menu hidang dan tema hari ini. #tibatiba. Ada juga satay kegemaran ramai. Terutam Qayum. Jap ambil satu, lepas tu satu dan satu. Lupa pulak nak ambil gambar sebagai bukti. Ha ha ha.
Ada beraneka macam kek lapis. Semuanya aku ambil dan rasa. Red Velvet tetap menjadi pilihan.
Round 1. Bakso. Tak letak terlalu banyak cili.
Roud 2. Roti Jala.
Round 3. Sate ooo sate dan juga nasi impit.
Round 4. Makan kuih raya, kek batik & kerepek merepek sambil tengok Live Tik Tok.
Round terakhir. Buah - buahan. Tiada gambar minuman. Tapi memang minum lah.
Ini betul - betul yang terakhir. Terima kasih untuk mangga Harumanisnya.
Eh silap ada lagi satu hidangan penutup iaitu Churos (tiada di gambar) Makan panas - panas. Kalau bawa Najla Nazihah ini memang dia suka la. Hantu Churos itu budak.
Nota Kaki : Melangkah pergi dalam jam 1.20pm lebih kurang ke destinasi seterusnya. Tapi... biarpun sudah hampir sampai ke destinasi telah terjadi sesuatu di luar jangkaan Tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Pulanglah kembali ke sarang dengan sedikit kecewa. Namun ku percaya pasti ada hikmah disebaliknya. Healing balik dalam keadaan kebasahan kerana hujan lebat di Kuala Lumpur sekitar 2pm.





.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Kiteorang sampai lewat jadi perut dah kenyang makan macam2 dekat potluck raya. Banyak yang tak sempat dijamah di rumah Kak Retna 😅
ReplyDeleteTak apa, aku dah tolong makankan. ha ha ha
DeleteSeronok tengok!
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki yang telah tertulis
Deletealhamdulillah...rezeki...
ReplyDeletesemoga tabah dengan ujian yang diterima