Tahun lepas tak pergi. Tahun ini kenalah hadir tunjukkan muka.
Harap bermula ikut jadual lah.
✨ Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-49 ✨
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-49 SK Kampung Tunku akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 25 April 2026
🗓 Hari: Sabtu
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.30 Petang
📍 Tempat: Dewan Gemilang, SK Kampung Tunku
🍽 Sarapan pagi dan jamuan tengah hari turut disediakan
👗 Tema : Hari Raya 🌙✨
Jom sama-sama kita hadir bagi menjayakan mesyuarat ini serta memperkukuh kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah 🤝
Kehadiran dan sokongan anda amat dihargai 💙
Dan catatan di hari kejadian.
Banner Mesyuarat PIBG
Suasana pagi hari Sabtu 25 April 2026 sekitar jam 8.00 pagi.
Kaunter pendaftaran
Aku main scan je ingat ini daftar kehadiran. Sekali baru perasaan ini untuk Buku Program.
Ini baru betul scan QR Code untuk kehadiran. Bila scan tetiba tak boleh pulak.Jadi tulis sahaja secara manual.Tapi masak menikmati sarapan boleh lah pulak.
Hidangan sarapan pagi ini. Ada Nasi lemak dan Karipap serta Meehoon Goreng.
Meehoon goreng yang hancur lebur. Mesti kes celur guna air panas.
Syukur untuk rezeki pagi ini. Minumannya adalah teh o panas.
Suasana di kantin sekolah
Nasi lemak yang biasa - biasa sahaja. Bersyukurlah ada juga makanan untuk dimakan. Yang paling best adalah makanan percuma. Tak gitu?
Suasana dekat dewan untuk mesyuarat PIBG. Dalam hati. sedih!!! kerusi ni dah berapa belas tahun usianya? Sangat usang. Mungkin boleh letak alas lebih molekkan. Apa kata anda?
Aku duduk disini sampai 8.30am tapi masih belum bermula jadi aku melangkah pergi ke Kuarters Kastam Kelana Jaya ambil anankku Najla Nazihah dan hantar ke Masjid Kampung Tunku pulak untuk Kelas Tuisyen mingguannya.
Nota Kaki : Di sebabkan minggu tu sabtu aku kerja dapatlah munculkan diri sekejap. Buat syarat kata orang. Dah tak boleh nak tukar cuti hari sabtu ini. Jadi kenalah bekerja 2 minggu sabtu berturut - turut.




.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)


Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.