464 - Ahmad's Fried Chicken, Cyberjaya

shaizhar
2

 

Pertama kali di sini. Masa ke Food Mydin USJ, nampak kiosk Ahmad's ni dah tutup. Kemungkinan dah tutup selamanya kot kat situ.

Lokasi kejadian di Cyberjaya. Masa cari kat waze tak jumpa terpaksa masuk cari kat internet. Dapat alamat senanglah nak menuju ke lokasinya.

Chicken Tenders ini memang popular sekarang. Senang makan isi sahaja tak payah gigit tulang.

Ada sos berbagai perisa juga.

Membeli di mesin layan diri lebih mudah. Sebabkan waktu kejadian dalam 11 pagi lebih jadi kita wajib makan 'brunch' nasi lemak.

Nombor giliran ke 43.

Suasana di dalamnya. Lebih kurang sahaja dengan restoran makanan segera yang lain.

Menuju tandas. Nak periksa tahap kebersihannya. Alhamdulilah 5 bintang diberikan. Bersih dan wangi.

Hidang 'brunch' di hari ahad ini. Nasi lemak. Masa ambil makanan baru perasan kenapa tak datang sekali dengan air ye? Di pendekkan cerita, salah sendiri masa order tak tengok betul2. Mungkin lebih baik ianya datang dengan set air. Ke aku yang salah order?

Zoom lebih dekat. Gambar selfie ada satu tapi macam 'buruk' je nak tempek kat sini.

Nasi dia sedikit sejuk, Mungkin dah masak sejak awal pagi dan sedikit sejuk. Ayam dia yang merah tu tak pedas pun. Saiz dia agak besar. Yang original tu tak ada rasa sangat pada tekak aku.

Nota Kaki : Cawangan terdekatnya di Taman Seri Manja, Kuala Lumpur sempadanan KL - Petaling Jaya. Mungkin patut cuba menu yang lain. Pilihan anak tekak aku masih lagi ayam MCD 'spicy' dan KFC 'Spicy', Texas Chicken di no 3. Yang local yakni Muaz no 1 dalam carta walaupun kali terakhir makan setahun yang lepas. Ada banyak lagi Restoran ayam yang wujud sekarang ini. Nanti ada rezeki terjah yang lain pulak.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. memang ada mcm2 brand ayam goreng now cuma rasanya pyh nak setanding dgn brand yg dh famous berpuluh tahun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Setiap brand ada keistimewaan dan kelebihan masing - masing

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !