Apa yang dirancang tak semestinya jadi kenyataan. Sepatutnya keluar dating dengan anakku Najla Nazihah, tapi tak ada rezeki. Jadi daddy merajuk dan bawa diri.
Awal pagi dalam 9 pagi lebih dah sampai. Perjalanan 32KM mengambil masa lebih kurang 40 minit kot! Ikut jalan highway dah nak masuk Kajang baru kena tempoh lampu isyarat.
Lokasi kejadian di Dataran @ Stadium Kajang. Berhampiran Stesen MRT Kajang. Ada both pameran. Khemah pertama itu dari ECO Word.
Ada Van bergerak juga.
Ada van untuk kaunter bergerak Majlis Perbandaran Kajang.
Ada khemah pameran lagi.
Ada juga aktiviti berkuda dari Saville Wonderland.
Kuda dia ada beberapa ekor. Itu salah seekor daripadanya.
Lagi khemah pameran. Ini dari Perpustakaan Kajang.
Daftar ahli Perpustakaan Awam Selangor percuma dapat novel. Ada peraduan teka berat buku dan jumlah kacang soya. Masuk sahajalah suka - suka.
Ada perkhidmatan urut kaki juga. Awal pagi lagi, tukang urut pun tak ada.
Ada Tabung Haji juga
Ada Klinik Kesihatan.
Ada Rakan Muda.
Ada juga dari Jabatan Kebajikan Orang Asli dan jualan produknya.
Ada juga 'Bangi Wonderland'.
Ada deretan van - van jualan makanan dan minuman 'Food Truck'. Hanya berapa sahaja yang beroperasi di awal pagi. Mungkin semalam tutup lambat sebab ada Konsert Artis kan!
Meriah van kopi ini.
Ada juga billboard mempromosikan berkaitan Karnivak ini. Tapi tulah bila snap jadi tak lawa.
Kat padang pun ada aktiviti suka. Yang ini pertandingan 'Penalty Shoot' futsal untuk lelaki.
Nama pun kat stadium kan. Macam - macam aktiviti sihat ada kat sini. Kat tepi ini ada alat senaman (tak ambil gambar) sebab ramai orang tengah gunakannya. Ada juga batu - batu untuk senaman kaki kan. Carta ini sangat beguna. Jadi snaplah buat simpanan kerjaya. Gitu! kerja sangat.
Yang tengah tue khemah dan ada pentas untuk persembahan dan aktiviti.
Yang ini pun belum buka lagi masa aku datang.
Ada aktiviti menjaringkan bola di jaring untuk wanita.
Khemah jualan yang dah di buka.
Jualanm coleq Kelantan.
Antara gerai yang meriah dengan jualan makanannya di pagi hari ini.
Ada jualan yang dah dibuka pada awal pagi tersebut.
Bermula di sini adalah khemah jualan produk sate.
Yang ini yang sangat popular itu. Sate Hj Samuri. Restoren dia sebelah padang ini sahaja. Teringat kenangan 2nd Anniversarry Msjbox.com tahun 2026 kot!
Memang meriah dan cantik both pameran dan jualannya.
RSS Sate tulang, Sedap ke makan tulang sahaja. Ha ha ha.
Ini khemah utama. Kat sinilah yang dilancarkan Sate Kajang sebagai makanan rasmi negeri Selangor.
Ada juga sejarah berkaitan Sate Kajang di sini.
Kasi tempeklah satu gambar muka sendiri bukti dah ada di lokasi kejadian.
Peta Bangi Wonderland.
Masa nak balik baru perasaan ada khemah Park Inn Putrajaya dan Nur Lembah Pangsun.
Ada signboard juga kat padang tersebut.
selfie satu buat kenang - kenangan.
Laluan untuk mereka yang berkuda. Ada bayaran dikenakan.
Nota Kaki : Dari Bandar Sunway ke Kajang, ke mana lokasi seterusnya? Tunggu episod selanjutnya.





.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
tiba2 rasa craving sate hahhah
ReplyDeleteBeli jangan tak beli
Delete