Akhirnya seperti yang direview dapat hadir ke sini.
Ada khemah pendaftran untuk rombongan sekolah.
Pintu gerbang yang menarik.
Ada peta pameran yang diterangkan dengan jelas dan terperinci.
Ada satu sudut menarik untuk OOTD.
Ada juga khemah untuk Lost & Found. Mungkin kalau ada sesiapa ada hilang suami/isteri/anak boleh datang sini kan?
Ada khemah pameran produk Karangkraf iaitu Sinar Harian.
Ada aktiviti juga iaitu Go-Kart. Tak tahu berapa harganya. Ada nampak senarainya tapi malas nak ambik tahu. Boleh macam tu?
Ada khemah aktiviti. Ada hadiah disediakan.
Pandang - pandang jeling - jeling je.
Ada juga aktiviti Maze Gergasi. Macam biasalah kena bayar ye.
Lagi khemah pameran di bawah Karangkraf.
Ada juga rumah konten? Tapi mcm tak sesuai je dengan nama. Patut buatlah ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur, tandas. Baru namanya rumah kan? ha ha ha ha.
Ada juga both 'Rasa' kat sini ada demo buat Tiramisu Bajet katanya.
Di sediakan ruang khas. Bolehlah yang penat - penat tu melepak kat sini. Tapi kena duduk bersila la. Patutnya sediakanlah kemudahan kerusi lipat ke. Kalau ada both urut kaki mesti lagi best kan.
Lagi both pameran. Ini dari Sinar Bestari. Apakah ia?
Ini pulak sinar plus. Macam - macam ye produk 'Sinar' ni.
Ada pentas utama. Sewaktu kejadian. Ada persembahan tarian dari budak - budak ini. Tak tahu lah budak Sekolah Menengah,. Kolej atau Universiti.
Nota Kaki : Bersambung di episod seterusnya.




.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
best jugak if dpt pergi karnival...zmn anak2 kecik, i suka pergi tmpt2 gini
ReplyDeleteSamalah saya masa sekolah rendah memang selalu ayah bawa gi fun fair.
DeleteBanyak jugak booth yang dibuka. Mesti meriah dengan kehadiran pengunjung kan.
ReplyDeleteTunggu episod terakhir (esok) untuk tahu meriah ke meriah sangat.
Delete