718 : Perjalanan Kembali ke Utara - Kedah (Episod Jalan - Jalan Cari Makan) Buffet Breakfast + Pulang ke Sarang

shaizhar
4

 

Akhirnya selepas berkali - kali lalu kat LIVE Fyp Tik tok akhirnya sampai juga. Lokasinya berhampiran Hospital lama Alor Setar.

Pagi 1 Sept'26, aku keluar sebelum 8.00pagi. Bagi tahu kakak aku yang aku akan sarapan kat luar dan terus balik ke Selangor.

Alhamdulillah dapat peluk cium ayahku.Yang penting kena minta ampun dan maaf. Di usia sekarang dia sedikit 'nyanyuk'. Masa bersembang dia akan tanya soalan yang sama beberapa kali. Aku, menjawabnya tanpa jemu.

Dalam pukul 8.10 pagi lebih kurang dah sampai sini. Hanya RM 10.00 sahaja. Woow!

Suasananya. Masa ini orang boleh tahan ramai juga tapi tak adalah penuh.

Ada menu hidangan. Untuk episod kali ini tak banyak gambar yang diambil.

Round 1 ambil lempeng. Memang sedap. Kuah dia pun best. Tapi teh o dia manis sikit.

Ada hidangan yang ada. Spagetti, macaroni, kentang dan salad. Nasi lemak pun.

Round 2. Ada salad. Nyum! Nyum. Tapi tak ada buah - buahan. Roti canai pun tak ada mungkin sebab ganti dengan lempeng tu kot. Macaroni dia sedap. Aku tak ambil spagetti sebab aku tak berapa suka.

Macam sedap je. Duduk jauh dan terasing dari orang. Kat belakang tu. Koeyteow putih yang belum di masak.

Round 3. Koeyteow dan jemput2 apa ntah. Ok je rasanya. Kalau makan masa panas - panas mungkin akan lebih terasa kenikmatannya.

Round 4 dan terakhir. Ambil nasi lemak. Ada bihun sikit. Ayam kicap (ayam kampung rasanya) 2 ketul ayam goreng dan kari telur rebus. Sambal dia so - so sahaja. Aku ambil sikit sahaja takut kecewa.

Dalam 8.30 pagi lebih kurang ada rombongan 2 bas persiaraan. Pelancong bangsa cina tak pasti local atau international. Sesak masa tu, mood aku nak makan pun merundum. Ada je beberapa menu lagi aku tak makan macam cereal dan roti - rotian yakni roti bakar sapu jem.

Nota Kaki : Kalau lain kali balik Alor Setar mungkin boleh cuba lagi dan datang seawal 7.00 pagi baru akan merasa lebih kenikmatannya.

Perjalanan balik ke Sarang aku tak ada mood nak ambil gambar. Singgah kat Sungai Petani service motor jap. Semalam cuti merdeka banyak workshop tak buka. Lepas tu masuk highway. Hanya berhenti isi minyak dan makan tengahari beli pau sahaja 2 ketul. Sewaktu nak menghampiri Tanjung Malik hujan lebat. Pakai baju hujan dan redah je. Best juga dapat mandi hujan. Hanya beberapa kilometer di hadapan hujan mulai reda. Masuk je sempadan Selangor langit terang benderang.

Kos isi minyak pergi balik sekitar RM 35.00 jadinya hampir RM 70.00 sahaja berbanding kalau naik bas. Dah la sehala sahaja dekat RM 65.00 pergi balik dah RM 130.00. Mulanya aku nak juga sewa bilik hotel tapi rata - rata penuh. Jadi customer urut kat Kedah tak dapatlah nak merasa jari - jemari aku sebab rata - raya mereka lebih suka incall ke Hotel.

Tak apalah tak ada rezeki kali ini untuk dapat duit tambahan mungkin di lain kali atau di destinasi lain.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah di Bandar Sunway sekitar 4.30 petang selepas melalui hampir 7 jam 30 minit perjalanan dari Kedah ke Selangor.

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. byk juga pilihan breakfast buffet tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Nanti nak try kat negeri lain pulak.

      Delete
  2. RM10 tu sgt murah! cuma part crowded tu memang tak selesa lah jdnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Balik kampung masa cuti kan. Sekali kena serbu dengan 2 bas pelancong.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !