Di satu petang. jarang - jarang aku ambil dia balik Sekolah Kebangsaan.
Kami singgah dinner di sini.
Macam biasalah kat mana lagi Kelana Jaya laaaah!!!
Ada juga jualan nasi lemak RM 2.00, mungkin lain kali akan beli.
Anakku ini memang ikut mak dia
Zaman sekarang semua order pakai QR Code sahaja.
Total hari ini RM 32.10
Tengoklah anak bertuah ini. Dah ada air sedap pun nak juga minum air ais daddy.
Meleleh...
Tetap tau!!
Menu pilihan anakku Nasi Lemak dengan Daging Masak Hitam.
Aku ambil Mee goreng mamak. Boleh lah.
Ada satu hari tu ambil balik sekolah agama beli makanan tengahari. Macam biasa menunya ialah Ayam Masak Kicap.
Yang ini gambar hantar pergi Sekolah Kebangsaan.
Setiap hari sabtu dia akan ada kelas di Masjid Kg Tunku.
Inilah kelasnya selalunya pukul 9am belum belum mula. Jadi, kalau minggu tu aku kerja akan masuk lambat sikit. Tapi biasanya 7am aku dah time print.
Nota Kaki : Cuti sekolah dah semakin hampir.Aku dah ambil cuti tahunan 1 hari 3/9/26 untuk santuni anakku Najla Nazihah. Cuti tahunan ada 8.5 hari. Mungkin lepas ini akan banyak ambil cuti.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)





Nampak sedap makanan kat situ.
ReplyDeleteAlhamdululillah.
Deletebagus shai co-parenting so anak tak terasa sgt broken home
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tapi ada masa 'anak' luahkan juga perasaannya. Nak mak/bapa bersatu kembali. Tapi.....
DeleteBiasa la tu, air ais ayah selalu nampak extra sedap kat mata anak! Nasi lemak daging masak hitam tu pun nampak menyelerakan. Budak-budak memang gemar combo ni ya?
ReplyDeleteIni bukan combo. di jual berasingan
DeletePakai mask tu sebab jerebu ke?
ReplyDeleteYaya ikut muka ayahnya
Antara salah satu sebabnya dan dia baru lepas kena Influenza beberapa minggu lepas. Ye ke ikut muka ayah?
DeleteTak syak lagi...
DeleteIkut Maknya tang apa? Pakai facemask ke, pakai jaket ke?
ReplyDeleteBila nak bawa Najla ke JB?
Kau rasa, mak dia bagi ke? Ha ha ha ha.
DeleteBagus Najla suka minum air masak juga. Tempting tengok air iced chocolate meleleh tu.Tapi macam terasa manisnya tu. hihi
ReplyDeleteNext time kena beli nasi lemak tu. Nampak macam sedap tu nasi lemak bungkus. harga pun okay sangat RM2.
Oh a'ah kan minggu depan cuti sekolah. Selamat sekolah cuti Najla dan selamat bercuti dengan daddy.
Mana ada air masaknya. Tue air ais kosong ye
DeleteComel pulak nengok facemask Najla.
ReplyDeleteMemang jenis suka facemask yang comey comey mcm tu
DeleteMEnu makanan si adek, kesukaan saya juga, nasi lemak 😄😍😍.
ReplyDeleteWah mau ajak anak kemana pas cuti nanti ? Pasti happy dia..☺️
Cuti sekolah ni kenalah bawa anak keluar jalan2 juga. Harap semua yang dirancang dipermudahkan dan menjadi kenyataan.
Delete