Makluman Aktiviti Fruit Salad – Year 3
Untuk aktiviti Fruit Salad Party pada 24/8/2026 (Isnin) semasa waktu Bahasa Inggeris (4.00 petang – 5.00 petang) , mohon ibu bapa membantu menyediakan buah seperti yang telah ditetapkan mengikut nama murid dalam infografik.
📌 Perkara yang perlu diberi perhatian:
1. Buah hendaklah dibasuh, dikupas dan dipotong kecil-kecil di rumah sebelum dibawa ke sekolah.🍉🥝
2. Buah perlu dimasukkan ke dalam bekas kecil yang bersih dan bertutup serta dilabel dengan nama murid. 🥡
3. Tidak perlu membawa pisau atau sebarang peralatan memotong ke sekolah. 🔪
4. Yogurt akan disediakan oleh guru. 🥛
5. Jika anak ingin menukar jenis buah yang ditetapkan, boleh bertukar dengan rakan dalam kumpulan yang sama terlebih dahulu.
6. Sila bawa bekas plastic untuk salad buah tersebut. (WAJIB)
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti ini. ❤️🍎🍌🍇
Najla & kawannya.
Punyalah happy.
Seronok anak - anak dapat belajar sambil ber'party' dengan kawan sekelas.
Nota Kaki : Tanya juga dia buah apa yang ada di makan. Di sebut dalam English sebab party ini dalam subject Bahasa Inggeris.





menarik aktiviti gini! anyway, it's 31st august today! salam hari kemerdekaan utk kita semua!
ReplyDeleteBudak2 memang suka aktiviti2 macam ini.
DeleteOoo baguslah buat camni.. menu sihat dan praktik anak makan buah.,. ada budak tak suka makan buah..
ReplyDeleteAlhamdulillah najla makan je buah. Paling suka pisang.
DeleteSambil belajar, sambil berpeluang makan buah. Seronok la anak2.
ReplyDeleteTu lah kalau ada cikgu2 yang kreatif memang seronaklah anak2 ni belajar sambil 'bermain'.
DeleteWaaah sedapnyaaa buat fruit salad 😄👍👍. Anak2 belajar cara membuat , lalu menikmati hasil masakan mereka
ReplyDeleteBetul. Belajar sambil 'bermain' dan makan - makan.
Deletemenarik aktiviti2 macam ni utk anak2..
ReplyDeleteAnak - anak memang suka aktiviti macma ini.
Deletemakan...sapa je tak seronok walaupun kena cakap dalam English. Anak seronok kita pun rasa seronokkan
ReplyDeleteAlhamdulillah, gembira ada cikgu yang kreatif macam ini.
Delete