Setelah sekian lama akhirnya dapat kembali ke sini. Dulu masa buat kerja Food Delivery lokasi sini memang menjadi pilihan
Alhamdulillah rezeki hari ini. Jangan tak percaya nasi dan lauk serta sayur itu hanya RM 4 + RM 2 air.
Makan kat sini. Nun di hujung sana anak lauk pauk citarasa pantai timur. Kat sana pun meriah juga. (Tak snap gambar).
Ini lagi satu bahagian. Tak berapa nak happening dan tak pernah pun pergi area sini. Mungkin kalau ada rezeki lain kali akan tinjau - tinjau.
Nota Kaki : Inilah menu makan sarapan + tengahari dan dinner pada tarikh 15 Ogos 2026. Hari aku pergi tengok AJL 40.
Balik dari AJL 40 dan tengah malam. Perut berkeroncong. RHB Online tengah maintenance pulak. Tak ada cash. Jadi kena pergi Fast Food yang boleh guna Card. Jadi melepaknya Supper dekat Texas Chicken.(Tak ambil gambar juga).

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
lauk tu apa tu shai? murah sungguh tu
ReplyDeleteUdang 3 ketul dengan sayur taugeh.
Deleteuih dasat...sarapan, lunch & dinner. ni konsep OMAD ni
ReplyDeleteHari ikat perut sebab malam tu kan pergi AJL. ha ha ha
DeleteKalau lauk udang selalunya harga mahal...ni rezeki dapat harga yang berbaloi ni.
ReplyDeleteIni udang tak berapa nak fresh sebenarnya.
DeleteSangat berbaloi harga nasi lauk RM4 tu! Susah nak jumpa food court bajet murah macam ni sekarang.
ReplyDeleteAmbil sayur yang murah. Udang pulak 3 ekor je. Alhamdulillah rezeki untuk hari tersebut.
DeleteMacam nampak sambal udang tu. Kalau harga camtu memang murah sangatlah. Mujurlah makan macam banyak sikit kan dapat cover dinner sekali.
ReplyDeleteUdangnya tak berapa nak fresh tu yang di bagi murah kot!
DeleteKongsi ilmu makan ekonomi....
ReplyDeleteKongsi ilmu apa pun UG
DeleteMakan di tempat yg banyak pilihan menu begini, memang Rambang mata yg ada 😄. Menu pantai timur sukaaaa 😍😍.
ReplyDeleteNanti saya pergi restoren pantai timur saya kasi ambil gambar byk2 ye. ha ha ha
Delete