699 - Warna Warni Anugerah Juara Lagu 40 - Bahagian Akhir

shaizhar
16


Dah sampai ke bahagian terakhir. Persembahan penutup.

Persembahan dari Daiyan Trisha. Tak tahu apa motifnya? Semestinya nak promosi drama kat TV kot!

Nabila Razali menyanyikan lagu tema filem Pelangi di Mask. Animasi terbitan Primeworks Studio yang akan di tayangkan pada 3 Sept'26.

Artis dangdut Malaysia, Amelia menghangatkan pentas dengan lagu Asyik.

Ada juga penonton yang turut bergoyang. Kaki dangdut kot!

Kemunculan Diva Ziana Zain yang di nanti. Kira berbaloi, akhirnya dapat menyaksikan ZZ depan - depan buat persenmbahan setelah sekian lama. Lagu pertamanya Madah Berhelah dapatlah sing a long.

Macam biasa ramai netizen komen. Suara tak power macam dulu. Pakaian macam itu lah macam ini lah. Tudung la.. bla.. bla... Malas nak komen panjang. Sendiri pun dah boleh fikir mana baik mana buruk kan.

Lagu ke dua Sangkar Cinta. Walaupun hanya berjaya ke Semi Final Muzik - Muzik lagu ini memang masih melekat di ingatan.

Milik siapakah AJL 40? 

Selfielah seround. Ada ambil gambar lain, tapi 'rosak' sebab cahaya kan.

Semua finalist dan berkumpul di atas pentas. Susunan di buat dan mengikut arahan Floor Manager.

Kasi Zoom lagi.

Anugerah pertama milik Aina Abdul. Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee.

Vokal Terbaik milik Marsha Milan.

Tahniah Aina Abdul turut di pilih mewakili Malaysia di
Eurovision Song Contest Asia.

Persembahan Terbaik milik Aina Abdul.

Tempat ke Tiga, di menangi Ryenald Guntabid. Bolot semua wang kemenangan tersebut.
RAMALAN TEPAT (/)

Naib Juara menjadi milik TAK ADIL dari Aisha Retno. 
RAMALAN TEPAT (/)

Debaran semakin sampai ke kemuncaknya.

Juara AJL 40 adalah kepunyaan K.O.I dengan lagu TWIKARMA.
RAMALAN TEPAT (/)

Lagi gambar selfie terakhir.

Alhamdulillah rezeki milik mereka.

Persembahan penutup dari K.O.I

Jomlah kita melangkah pulang dengan perut yang berkerongcong.

Suasana di luar sekitar 12.30 Tengah Malam. Melangkah kaki untuk pulang.

Nota Kaki : Dalam manis ada terasa pahitnya. Banyak dugaan dan cabaran untuk sampai ke Anugerah Juara Lagu ke 40 ini. Tahun depan nak pergi lagi ke? Kena fikir dulu. Kalau artis dan lagu itu memang dalam playlist kegemaranku, Insya-Allah akan hadir lagi. Tahniah untuk semua pemenang. 

Komen tentang pengacara? Erm... biasa - biasa sahaja kot. Menantikan gandingan pengacara baru di AJL 41.

Keputusan pun memuaskan dan RAMALANKU HAMPIR BENAR BELAKA.

Ada yang komen sound sistem tak best? Ada yang komen pentas tak 'Mega'. Tak lari juga dengan kata - kata netizen berkaitan dengan penaja.  Dia orang dah taja memang sewajarnya mereka mendapat balasan yang setimpal dengan jumlah yang telah di laburkan.

Insya Allah ada rezeki kita jumpa di Anugerah Juara Lagu 41.

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah dia tgk secara langsung AJL tp mmg tgk kt umah sound system tk brp ok...dlu kala pernh tgk AJL zaman belum kawin ..pi ngan kwn2 + en tunang juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugalah pengalaman tengok AJL live kan.

      Delete
  2. Oih... Seronotya dia! Nonton live memang best!
    PM tepi tali leher tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki. Tali Leher hasil 'menyelam' kat Jalan2 Jepun

      Delete
  3. Congrats to all winners. Lama dah tak layan AJL

    ReplyDelete
  4. Perghh engko pergi tengok live ea.. hebatttt..
    Jujurnya aku tak tau pun dah final weyy.. tau-tau ehhh final hahahahaha
    Lama tak layan AJL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki. Kat ofis memang selalu buka Youtube, buka FB tahu lah segala macam perkembangan semasa.

      Delete
  5. nice la ootd shai! saya suka lagu sangkar cinta by ZZ tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu memang best. Tak sempat nak OOTD pun sebab penat beratur panjang & lama.

      Delete
  6. Tahu2 ada AJL. Dah lama juga tak menontonnya tapi puas hati juga boleh menonton secara live kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mencipta pengalaman dan kenangan baru.

      Delete
  7. Syoklah dapat tengok live kan. Rasanya okay je enjoy tengok AJL kali ni. Enjoy je sudah tak perlu fikir itu ini. Ada je tak kena kan. Tahniah buat para pemenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki. Pendapat masing - masing. Yang kita suka tak semestinya orang lain pun turut suka. Ye betul. Kita enjoy cara kita.

      Delete
  8. Dah lama tak dengar lagu2 ziana Zain. JD penasaran seperti apa suaranya skr. Krn dulu memang power . Tp kalau netizen bilang dah berkurang, wajarlah, dia pun dah berusia juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi beberapa tahun sudah nak masuk 60 tahun. Wajar sahaja sudah tidak boleh tarik tinggi2 macam masa muda remaja.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !