Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. 15 Ogos 2026 di hari sabtu yang cerah.
Sekitar 5.00pm bertolak dari rumah menuju ke Bukit Jalil.
Shopee antara penaja Anugerah Juara Lagu 40.
Suasana di Unifi Arena Bukit Jalil sekitar 5.30pm. Sebenarnya dah ramai orang kat sekitarnya.
Kat depannya ada jualan Food Truck. Aku? berlaparlah dulu. Sempat beli air minum botol kecil jenama 'mahal' berharga RM 6 serta roti coklat buat alas perut.
Antara khemah penaja. Tak berminat pun nak pergi. Patutnya penganjur buat pentas kat luar. Buat aktiviti yang lebih gempaq baru best. Ini macam 'sendu' je.
Pukul berapa kau orang semua ni mula beratur? Jom cari laluan untuk masuk Aras 3. Sekali kau, dah Q beratur panjang. Glupr!!
Kat depan tu rasanya ada beratus orang. Mungkin aku antara 400-500 orang yang dah beratur.
Aku start beratur dalam 5.50 petang macam tu. Selepas sejam beratur aku mula rasa seram sejuk. Berpeluh - peluh satu badan. Nasib ada kipas MCD bagi free. Biarpun cuaca cerah redup dan tak terlalu panas aku mengalami satu masalah luar biasa. Kepala mula berpusing dan rasa macam nak pitam. Mulanya rasa macam nak mengalah dan angkat kaki terus keluar dari barisan. Tapi, mengenangkan dah beratus RM di keluarkan, tak kan nak mengalah macam itu sahaja.
Aku mula mencangkung dan relaxkan diri untuk beberapa minit dan mula mengurut kepala serta jari jemari. Dengan kemahiran yang ada dapatlah melegakan diri untuk seketika. Kemudiannya aku bangun. Dah mula merasa lebih baik. Beberapa minit kemudian aku terus je duduk bersila tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Air 'mahal' yang dibeli menjadi bahasan anak tekak. Mula makan sedikit roti coklat yang dibeli.
Alhamdulillah akhirnya semua kembali membaik. Mungkin sebab dah lama tak bediri kot!
Dalam 7pm lebih baru barisan mula bergerak dan boleh masuk. Kau orang agak pukul berapa aku masuk dalam Unifi Arena tu?
8.30pm pun belum masuk tau!!! Memang tak sistematik pengurusannya. Dengan barisan yang macam ular. Ada yang potong Q dan paling teruk hanya satu orang yang scan tiket masuk. Kau rasa? Dah la kat depan pintu masuk tu kena ikut laluan pagar yang berpusing - pusing. Tak tahulah orang yang belakang - belakang tu pukul berapa dapat masuk.
Nasib tempat duduk aku kat no 306. Jadi betul - betul depan pintu masuk. Dah lah pintu yang buka satu sahaja. Kenapa tak ambil banyak crew untuk bertugas dekat pintu masuk? Kalau banyak pintu di buka memang cepat sahaja prosesnya. Sebelum masuk pergi dulu melepaskan 'hajat' dan membuang apa yang patut. Aku rela tak minum banyak air dan makan sebab risau akan keluar masuk tandas. Kalau pergi tengok wayang tak apa lagi.
Akhirnya inilah tempatnya yang di takdirkan untukku.Harap maaf telefon 'cap ayam' jadi gambar kurang jelas.
Pentas Anugerah Juara Lagu. Banyak sahaja 'netizen' komen itu dan ini pasal AJL 40. Bagi aku semua orang berhak memberikan pendapat dan pandang tapi biarlah berpada - pada. Kalau baik kita kata baik, kalau sebaliknya harap dapat diperbaiki di masa yang akan datang.
Semua berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Floor Manager bertugas pun berkali - kali mengingatkan itu dan ini tapi masih ada juga yang 'tak faham bahasa'.
Persembahan pembukaan yang wow!~. Tergejut semua orang bila Biduaniti Negera Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul mengiringi persembahan anak buahnya Umairah yang mendendangkan lagu Cindai.
Persembahan pembukaan yang sing a long. Dato' Fran dengan Sekadar di Pinggiran. Misha Omar dengan Bunga - Bunga Cinta. Haqeem Rusli membawakan lagu Jampi. Syamel & Ernie Zakri berpadu suara dengan Lagu Issabela dan persermbahan solo Gemilang oleh Ernie Zakri dan penutup persembahan pembukaan oleh Umairah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Aku mula start live di tik tok dari jam 9pm - 10pm lebih kurang.
Nota Kaki : Bersambung di Episod berikutnya.

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

Agak lemah pengurusan queue penonton AJL 40 tu ye. Kalau beratur berjam-jam dari 5.50 petang sampai 8.30 malam, macamana orang yg tengah queue tu sempat nak pergi solat maghrib? Lainlah kalau dah ambik wuduk siap2 dari rumah, pastu kelam-kabut pulak nak cari surau kat dalam tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada je ruang kosong yang bersih boleh solat. Betul. Jaga wuduk.
DeleteUmangaii lama beratur tu baru boleh masuk. Yang beratur awal tu lagi lamalah beratur. Dah bayar mahal tak kan nak give up pula kan. Kenalah beratur sampai masuk. Patutnya bab ni dipermudah sikit sebab mesti orang nak solat Maghrib dulu sebelum masuk tu. Nak keluar masuk nanti satu hal pula kan.
ReplyDeleteYe, banyak jugalah complaint sana-sini yang tak pernah habis. Susah nak uruskan event besar tanpa cacat lela. Tapi kalau boleh uruskan sebaiknya.
Ya betul. Patutnya bagi masuk awal tak kalut. Tak tahulah apalah masalah yang uruskan bahagian masuk ini. slow nak 'mampus' kat pintu masuk aras lain tak tahu lah macam mana.
DeleteSetuju, pendapat biarlah membina. AJL40 memang tetap meriah & berbakat belaka pentasnya! Antara persembahan finalist malam tu, lagu mana paling touching dan melekat di hati?
ReplyDeleteSusah nak jawab semua pun best. 1) Tergejut CT Nurhaliza muncul. 2) Teruja nak tengok Ziana Zain menyanyi live. lagu mana yg melekat di hati.. mestilah KAMU. Dah kata duduk area AINANATIONS.
Deletemeriahhh
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki di takdirkan untuk berada di sana.
DeleteAiiish, saya yg baca pun. Macam lemas membayangkan berdiri begitu lama. Memang hrs diperbaiki sistem antrian dan masuk. Lama sangaaaat itu utk bisa masuk.
ReplyDeleteNak cancel tp tiket dah bayar mahal. Dilema 😄😅