Marilah kita main ramal meramal seperti nujum pak belalang. Tak ada yang betul atau salahnya kerana ianya mengikut anak telinga dan pendengaran masing - masing. Begitu juga dengan minat dan citarasa masing - masing tentang muzik.
Kali ini mari kita iktiraf pemenang yang baru, bagi peluang yang lain untuk 'menang'. Kalau ikutkan aku memang berjiwa BALADA. Jadi lagu Tangisan Seorang Pendosa, Kamu & Lemah serta Nur Kasih memang menjadi taruhan aku untuk berada di Top 3 juga.
Tapi kali ini kita ramalkan yang lain daripada biasanya.
Juara Twikarma - K.O.I
No. 2 Tak Adil - Aishah Retno
No.3 Lumagad Oku Dika - Ryenald Guntabid.
Vokal Terbaik
Adakah milik Aina Abdul lagi? Mungkin the legend Dayang Nurfaizah atau Marsha Milan mampu merampas? Erm... susah nak pilih. Jawapan : Sesiapa sahaja yang berjaya memukau dan paling best malam tu layak jadi menang.
Persembahan Terbaik
Wanie Kayrie. Harap persembahannya mendapat undian tertinggi dan happening lah. Konsep undian lagi ke?
Ada Anugerah Ikon Pilihan Shopee tu.
Aina Abdul kot! Eh.. ramai lagi ke peminat dia. Ha ha ha.
Nota Kaki : Susah nak ramal. Tapi kita bagilah muka - muka baru pulak. Tapi sebenarnya aku suka lagu ini, Kalau salah satunya menang pun ok juga.
Marsha Milan - Tangisan Seorang Pendosa
Dayang Nurfaizah - Lemah
Aina Abdul - Kamu
Eh!! semua pun best.. Siapa menang pun tak menjadi masalahlah. Nantikan AJL 40 pada 15 Ogos 2026 hari Sabtu di TV3. Agak - agak muka aku akan masuk tak dalam TV nanti. Dah lama tak masuk TV tau. Ha ha ha.


Okeh, kita tunggu keputusannya!
ReplyDeleteYahuuuu!! Ramalanku hampir benar belaka.
DeleteEh, betul pulak ek no 1,2 dan 3 tu. Tahniahlah untuk semua yang menang. AA menang besar juga banyak menang tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah bulan jadi ahli nujum negara tak lepas ini?
DeleteSaya dengar infor dari Sabah Juara ya..Marsha Lando vokal terbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ya betul itu.
Deletesaya singgah BW
ReplyDeleteTerima Kasih MZ hadir kembali BW
Delete