Selalu lalu di FYP Tik Tok juga FB. Jadi ayuh lah kita sarapan kat sana.
Dah pernah datang masa berbuka puasa kat sini 3 tahun lepas dengan anakku Najla Nazihah & Mummy dia. Jadi memang dah biasa juga dengan area sini. Masuk simpang kanan dan terus sahaja.
Akhirnya sampai. Masa ini sekitar 7.10am. Bukanya pukul 7.30am. Jadi kita pergi pusing - pusing dulu mengukur jalan dan melihat sekitarnya.
Ini yang kanan tempat berbuka puasa dulu. Tapi pasti sekarang masih ada atau tidak. Tengok pagar tertutup rapat sahaja.
Masih gelap lagi. Kita cari tempat untuk melepak dulu.
Melakap kat sini sementara menanti 7.30am.
Akhirnya dah cerah sikit. Tunggu orang pertama datang dan masuk baru aku pergi terjah.
Pergi membuang hajat dan buat apa yang patut dulu sambil ootd depan cermin.
Akhirnya dalam 7.35am melangkah masuk.
Maaf kerana ada getaran di jiwa. Harganya RM 19.90. Time ni HP buat hal pulak tak boleh log in akaun bank. Nasib ada cash.
Ayuh kita masuk.
Deretan makanan yang telah siap terhidang.
Hidangan kuih dan muih. Ada roti roti juga. Yang belah kanan ada minuman sejuk dan panas.
Inilah deretan hidangan buffet breakfast.
Round 1. Makan buah tembikai kegemaran dan kuih muih.
Round 2. Ambil roti, sosej, kacang panggang, Telur hancur, nugget dan cendawan apa ntah nama dia. Inoki ke?
Round 3. Ambil roti canai. Ada sambal ikan bilis ranggup yang agak pedas dan teh o
Round 4. Ambil bihun, telur mata dan sedikit lagi sambal ikan blis serta air oren sejuk sedikit manis.
Round 5. Bubur nasi letak juga sambal ikan bilis. Tak berapa nak kena dekat anak tekakku.
Round 6. Nasi lemak. Tapi kecewa dengan sambalnya. Susah nak jumpa sambal nasi lemak yang kena dengan anak tekakku. Ada juga ayam masak apa ntah? Rendang ke?
Round 7 dan terakhir. Ambil bubur yang cair. Dan kuih apa ntah tu yang mcam letak jagung kaster ke apa ntah. Bersama air sejuk dan teh o.
Nota Kaki : Ntah lah, anak tekak kata so - so sahaja. Berbaloi ke dengan harga. Kebanyakkan yang datang sini sebehagiannya order ala carte. Kat sini hidangan sarapan dia lebih kepada citarasa Selatan. Ada Laksa Johor, Lontong, Sate kalau tak silap dan yang sama waktu dengannya. Mee rebus pun ada rasanya kot! Mungkin tak ada datang lagi ke sini. Kita cuba kat tempat lain sahajalah.




.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

So-so pun sempat 7 round jugak.... Syok-syok tu!
ReplyDeleteKenalah cuba dah bayar mahal. Dah lepas makan baru boleh bagi pendapat.
DeleteHarganya berpatutan tu, dengan pelbagai pilihan makanan yg disediakan. Kalau dekat nak juga try
ReplyDeleteSempat ke nak diet sebelum 11.11 ni Shai, asyik cari sarapan buffet je 😬
ReplyDeleteDah stop dah gie tempat makan buffet breakfast.
Deleteingatkn td mkn sate batang pinang br nk tgk gmbr
ReplyDeleteMenu utamanya memang sate batang pinang.
DeleteAwal sangat tu sampai kedai tak buka lagi. Tak pasal-pasal kena ukur jalan dulu. Murah tu harga buffet breakfast dia. Macam berbaloilah juga walaupun ada yang kurang kena dengan selera.
ReplyDeleteAda lagi buffet breakfast murah yang saya pernah pergi. RM 10 sahaja tapi kat Seremban N9. ha ha ha
DeleteTak harga termasuk oke ya bang. Kalau rasa nih, memang terpulang masing2 selera. Tapi utk nasi lemak sayapun susaaah menemukan yg sambal sedap. Saya suka yg pedas soalny
ReplyDeleteBetul Nasi lemak ini kalau dapat sambal yang memenuhi anak tekak baru best.
Deletekalau so-so, then tak leh repeat dah!
ReplyDelete