676 - Lunch @ Selera Lindungan Jalan PJS 6/1

shaizhar
5

 

Tempat biasa sebelah depan tutup pulak. Kena lunch kat sini. Ni Medan Selera Lama. Hari ini tak ada 'mood' nak pergi Medan Selera baru yang lebih dekat dengan ofisku.

Bagi yang 'cerewet" dan memilih, tempat ini tak sesuai untuk anda. Tahap kebersihan mungkin level C kot ke D. ha ha ha. Tak pe janji banyak pilihan makanan, aku okay je.

Antara menu pilihan. Lebih suka makan kat kedai yang biasa.

Lagi pilihan lauk pauk. Tak berapa nak panas sangat. Jadi tak berapa nak enjoy bila makan. Tapi okaylah daripada tak ada.

Yang ini aku ambil kuah - kuah sahaja dan satu lauk. Tak tahu nak makan apa.

Ada juga pilihan sambal belacan dan sambal yang sewaktu dengannya. Hari ini anak tekak tak terasa nak makan ikan.

Sayur hijaunya macam tak menarik jadi ambil taugeh, ikan masin dan paru. Air suam dan teh o suam. Harga boleh tahan RM 9. Mungkin sebab ambil nasi banyak. Konon dinner nanti tak nak makan nasi. Nak makan apa ye? Hari Rabu ada pasar malam kat Bandar Sunway sini.

Suasana kat sini. Memang sunyi dan sepi. Kat tingkat atas tak tahulah ada lagi ke penyewa. Aku tak pernah naik atas.

OCR. Itu bangunan tempat aku kerja. Nun nampak dari kejauhan kan.

Nota Kaki : Tak sabar nak tunggu hari Ahad nak pergi healing. Eh! sabtu petang lepas kerja nak gi mana ye. Aduh!! harap tak hujan lah.Sekarang cuaca tak menentu. Risau pulak hujan kan.

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wahhh shai nak gi healing ke mana tuuu...this weekend, kami nak gi staycation kat melaka for my razeen's bday ;) so bday pun sibuk dok countdown tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu.. nantikan episod selanjutnya. Eh!!

      Delete
  2. Sesekali ganti tempat makan 😄. Tp dari foto nampak bersih bang. Cuma kalau makanan tak panas, memang agak kureeeeeeng sikit kan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Makan panas - panas lebih 'kenikmatannya'.

      Delete
  3. Jauh juga tu berjalan. Okaylah dah biasa makan kat sini. Kadang macam tu lah kan, buntu tak tahu nak makan apa lagi-lagi kalau menu sama je kat kedai tu. Biasanya kalau makan buffet kat kedai ni jarang dapat yang panas-panas.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !