665 - Merasmikan LRT 3 dari Shah Alam ke Klang

shaizhar
0

 

Memandangkan dah ada di Shah Alam. Marilah kita merasmikan LRT 3 menuju ke Klang. Naik dekat Stadium Shah Alam yang sudah runtuh. Hanya tinggal tapak dia sahaja (malas nak ambil gambar). Naik percuma sehingga 31 Julai 2026. Lepas ini bayaran dikenakan. Jadi yang biasanya nak LRT akan pakai PAS bulanan. Lebih jimatkan. Yang sesekali naik tu boleh jugalah merasa naik LRT 3 ini.

Laluan masuk. Motif ada kotak hijau dan line putih. Macam gelanggang badminton pulak.

Alhamdulillah laluan pengangkutan awam di KL & Selangor yang semakin membaik tapi tetap sesak. Nasib sekarang aku pergi/balik kerja naik roda dua sahaja. Lebih cepat dan mudah.

Ini laluan dan platform kat LRT 3.

Akhirnya sampai juga LRT 3 ini. Jom kota menuju ke Klang. Hajat hati nak sampai ke hujungnya tapi....

Bukti dah merasmikan LRT 3 pada 12 Julai 2026. Dah ada juga ke yang dah berjaya naik LRT 3 percuma macam aku?

Terakhirnya. Dah malas nak ambilm gambar. Setelah beberapa station berdiri baru dapat tempat duduk.

Nota Kaki : Yang tak best ada satu rombongan akak - akak ini (kemungkinan minah kilang). Naik dari stesen Pasar Klang. Masya Allah bau hidupan yang dibeli membuatkan satu tren bau busuk hingga menusuk ke lubang hidup. Ramai je yang tutup hidung macam aku. Silapnya aku tak ada bawa mask/topeng. Patutnya dah tahu beli hidupan laut yang ada bau (kemungkinan sotong atau udang). Boleh membawa kepada pencemaran bau terutama dalam tren LRT yang berhawa dingin. Walaupun dah bungkus 2/3 lapis tetap bau. Lain kali jangan naik kenderaan awam. Naik kereta atau kenderaan 4 roda. Menyusahkan sungguh. Ada 2 beranak cina tutup siap turun di stesen berikutnya. Tak pasti memang dia nak turun di situ atau terpaksa sebab tak tahan bahu. Aku turun kat stesen berikutnya iaitu Stesen Jambatan Kota. Kat Bandar Klang. Dulu kat sini tempat naik/turun bas dari KL/Banting sebelum wujudnya Klang Sentral. Sebabkan ada program lepas itu terus pusing balik ke Shah Alam. Waktu perjalanan balik memang penuh dan berdiri sahaja. Malas nak ambil gambar.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !