667 - Oh My Meow Expo 2026 @ Midvalley

shaizhar
10

 

Dua beranak ni memang pencinta kucing. Iklan bersepah kat billboard area PJ ke Bandar Sunway. Masa ini dalam pukul 11am lebih kurang. Tak tahu apasal sesak sangat orang nak masuk time ini. Kami menyelit masuk dari tepi sebelah kiri.

Kucing - kucing menanti kehadiran kami.

Ambil gambar dulu, Membesar bagai 'juara' anak bertuahku seorang ini.

Kasi zoom dekat pulak satu kali.

Kami masuk sebelah kanan dulu sebab tak ramai orang. Meriah kehidupan kucing sekarang siapa ada troli mengalah anak orang. ha ha ha.

Jom jalan - jalan.Abaikan penampilan budak 9 tahun yang tak pakai anak tudung. Masih dalam tahap belajar.

Sukalah bila dapat tengok macam - macam jenis kucing.

Daddy ada katil kucing. Yelah.. kucing sekarang memang 'bertuah'.

Antara makanan kucing yang ada.

Sukalah tu dapat belai - belai kucing.

Ni lagi seekor kucing yang ada duduk kat atas meja tu.

Ni dekat salah satu both yang ada peeting zoo.

Boleh tahan juga harga pettng zoo dekat Bentong.Ingatkan luar KL murahlah sikit. Sama je macam harga kat Farm In The City kat Seri Kembangan itu.

Ada dinding menarik. Suruh lah dia ambil gambar satu kat sini.

Kucing pun pancing ikan sendiri tau!!!

Insya-Allah ada rezeki jumpa lagi tahun depan.

Ini lah muka iklan yang sellau lalu - lalu kat area tempat tinggal kami beberapa minggu sebelum ini

Tengok!! dah tak sesak pun.

Seterusnya aktiiti makan. Texas Chicken menjadi pilihan. Kami beli ayam 2 ketul. Bagai seorang seketul. Ada air dan biskut femes Texas Chicken tu. Lepas tue gerak - gerak balik.

Nota Kaki : Begitulah aktiviti dua beranak yang suka kucing tapi tak boleh membelanya sebab mummy alergic dan ada asma. Lagi pun aku sewa bilik je sekarang. Dalam perancangan nak cari rumah yang macam studio ada bilik, ada tandas serta tempat untuk masak. Kalau boleh dekat - dekat area sini juga. Dapat kat tingkat atas rumah teres pun ok. Kalau area Kelana Jaua memang susahlah. Kena berkongsi kan. Apa - apa pun semoga di permudahkan. A - Min

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. best dpt belai2 kucing. moga dipermudahkan urusan shai utk cari apartment studio tu

    ReplyDelete
  2. Kiteorg yg ada kucing ni malas pulak nak masuk expo meow. Kang terbeli pulak barang2 merapu2 tu 😅

    Semoga dipermudahkan urusan ko cari studio apartment area situ. Kalau kat tempat ko kerja tu takde ke studio apartment? Bayangkan pagi2 turun lif je nak masuk ofis 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la ada tapi harga dia RM1000++ mana nak ada yang murah2

      Delete
  3. Semoga dimudahkan urusan ko cari studio tu....

    ReplyDelete
  4. Ah... ngada lah troli kucing tu kan? Tak boleh brain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain kucing boleh juga letak 'cucu' UG

      Delete
  5. Kemain kucing pun ada katil. Chef Wan pun siap katil mahal untuk kucingnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing zaman sekarang. Macam2 gajet mewah. Tempat membuang yang selesa pun ada. Apa lagi makanan dan macam - macam, gaya mcm 'anak orang'.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !