Memandangkan dah ada di Shah Alam. Marilah kita merasmikan LRT 3 menuju ke Klang. Naik dekat Stadium Shah Alam yang sudah runtuh. Hanya tinggal tapak dia sahaja (malas nak ambil gambar). Naik percuma sehingga 31 Julai 2026. Lepas ini bayaran dikenakan. Jadi yang biasanya nak LRT akan pakai PAS bulanan. Lebih jimatkan. Yang sesekali naik tu boleh jugalah merasa naik LRT 3 ini.
Laluan masuk. Motif ada kotak hijau dan line putih. Macam gelanggang badminton pulak.
Alhamdulillah laluan pengangkutan awam di KL & Selangor yang semakin membaik tapi tetap sesak. Nasib sekarang aku pergi/balik kerja naik roda dua sahaja. Lebih cepat dan mudah.
Ini laluan dan platform kat LRT 3.
Akhirnya sampai juga LRT 3 ini. Jom kota menuju ke Klang. Hajat hati nak sampai ke hujungnya tapi....
Bukti dah merasmikan LRT 3 pada 12 Julai 2026. Dah ada juga ke yang dah berjaya naik LRT 3 percuma macam aku?
Terakhirnya. Dah malas nak ambilm gambar. Setelah beberapa station berdiri baru dapat tempat duduk.
Nota Kaki : Yang tak best ada satu rombongan akak - akak ini (kemungkinan minah kilang). Naik dari stesen Pasar Klang. Masya Allah bau hidupan yang dibeli membuatkan satu tren bau busuk hingga menusuk ke lubang hidup. Ramai je yang tutup hidung macam aku. Silapnya aku tak ada bawa mask/topeng. Patutnya dah tahu beli hidupan laut yang ada bau (kemungkinan sotong atau udang). Boleh membawa kepada pencemaran bau terutama dalam tren LRT yang berhawa dingin. Walaupun dah bungkus 2/3 lapis tetap bau. Lain kali jangan naik kenderaan awam. Naik kereta atau kenderaan 4 roda. Menyusahkan sungguh. Ada 2 beranak cina tutup siap turun di stesen berikutnya. Tak pasti memang dia nak turun di situ atau terpaksa sebab tak tahan bahu. Aku turun kat stesen berikutnya iaitu Stesen Jambatan Kota. Kat Bandar Klang. Dulu kat sini tempat naik/turun bas dari KL/Banting sebelum wujudnya Klang Sentral. Sebabkan ada program lepas itu terus pusing balik ke Shah Alam. Waktu perjalanan balik memang penuh dan berdiri sahaja. Malas nak ambil gambar.



.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
Ye juga ekk.. kenapa nak ada cat hijau tu hahahaha..
ReplyDeleteIshh takde common sense langsung ea.. beli naik kereta pun bau, lagikan naik LRT adoiii.. kalau aku, dah sound demi keselesaan hidung aku
Malas nak sound. Jenis tak ada hati perut. Dia ingat LRT tu kenderaan milik dia sorang kot. Nasib bukan bawa durian. ha ha ha
DeleteTahniah dah rasmikan LRT 3 ni ..
ReplyDeleteKadang hairan & geram dgn org yang takde common sense ni 😬
Dari situ kita lihat kebijaksaan atau kebodohan yang paling tinggi dalam diri. Kalau ikut hati nak je ambil video bagi viral. Tapi tulah bau bukannya boleh masuk dalam video kan. ha ha ha
Deletebelum rasmikan lagi LRT 3 ni sebab takde tujuan nak kesana. Kalaulah wujud ini masa zaman ammi buat PLK di UiTM tahun 2001 dulu kan senang nak gi kuliah lepas habis kerja.
ReplyDeleteNanti bolehlah cuba.
Deleteannoying sungguh bila ada perangai tak semenggah gitu...smpai bila2 ler msia tak lej jd negara maju...minda kelas ke3 masih menebal dlm ramai rakyat msia
ReplyDeleteJenis otak letak kat 'lutut'
DeleteSaya makin suka naik LRT di sana, rute makin panjaaaang 😍😍. Tak payah naik grab lagi. Biasanya tiap ke KL mostly naik grab selalu. Kemarin tuh belajar dari Karnh cara naiknya, baca rute, etc, jadi dah paham skr 😄. Nanti Desember, tak confuse lagi
ReplyDeleteLRT, MRT, ERL. Tapi jangan salah naik Komuter pulak! keretapi paling slow di sini. ha ha ha
Delete