Nota Kaki ; Pekerjaan pertama ku di Menara Kuala Lumpur. Di situ aku habiskan 12 tahun 6 bulan untuk menimba ilmu, pengetahuan. Dapat kawan baru. Menerokai banyak tempat baru. Berjalan hampir ke seluruh negeri di Malaysia.
Terlalu banyak kenangan. Begitu padat dengan suka dan duka. Riang dan kecewa. Macam - macam asam garam kehidupan yang aku lalui di sana. Yang manis, yang pahit yang tawar dan yang kelat.
Semuanya begitu indah. Di situlah aku bermula mengenal erti sebenar sebuah kehidupan. Daripada anak desa/kampung aku berkelana mencari rezeki di Kotaraya Kuala Lumpur.
Bermacam orang yang aku temui. Berjenis kawan yang aku kenali. Ada yang boleh di buat kawan dan ada yang sebaliknya. Alhamdulillah ramai sahaja yang baik. Ada je yang sudi menolong dan mengajar terutama pada awal - awal aku bekerja. Masa tu umur aku baru 17 tahun 3 bulan. Sebabkan aku lahir pada November jadi umur genap ke 18 ialah pada 11.11 1998.
Aku mula menjadi pekerja sejak 17.02.1998 sehinggalah ke hari ini. Kalau nak cerita pasal KL Tower ini banyak sangat. Tak tahu nak mula dari mana. Apa yang aku tulis semuanya adalah dari lubuk hati yang paling dalam.
Semasa bekerja di sinilah aku kehilangan orang tersayang. Arwah Tok/Nenak pada tahun 1998 (Time Sukan Komenwel) dan Arwah mak pada 2007 ketika aku berusia 27 tahun.
Terima kasih untuk semua yang telah bersama sepanjang perjalanan hidup aku mencapai Puncak Impian. Ingatlah !! jika kita berada di atas jangan lupa menunduk melihat ke bawah. Hidup ibarat roda yang sentiasa berputur. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah.
Langgit tak selalunya cerah. Kehidupan ini pastinya akan sering di uji dengan berbagai dugaan dan cabaran. Semoga kita tabah menghadapinya dan redha dengan ketentuan Illahi.



Sempat mintak sponsor... dapat payung untuk hari keluarga jabatan dulu.. terima kasih shai..
ReplyDeleteTerima kasih sebab ajar aku buat blog
DeleteOh kenangan mengusik jiwa ni....lama juga bekerja di situ.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kalau tak ada 'kes' mungkin akan kekal lama sehingga ke hari ini.
DeleteMesti KL Tower ni tempat kerja ko yang paling ko sayang kan. Sebab tu banyak kenangan kat sini.
ReplyDeleteTempat pertama. Jatuh bangun semua kat sini. Banyak kenangan dan memori
DeleteWaaah banyak kenangan di KL tower tuh ya bang. Lama jugaaa.
ReplyDeleteMendengar lagunya, ada lah rasa2 sedih juga. Sesuai utk lagu yg bertemakan nostalgia ❤️❤️. Tapi baguuuus. Saya sukaaaa melodynya . Dan lirik pun bagus
Terima Kasih Fanny.
DeleteTajuk lagu macam lagu semangat macam lagu Gemuruh Jiwa...
ReplyDeleteRupanya balada....
Nanti saya bikin lagu 'semangat' ye!
Deletelama dah shai dok KL yer..err lebih kurang jugak laaaa...MZ start dok KL tahun 1995 laaa ie masuk matriks UIA, masa tu kat lembah pantai...then masuk main campus uia gombak, 1997-2000, then keje kat UOB jln raja laut, then UOB medan pasar..then keje kat uia gombak dari 2004 sampailah sekrg 2026
ReplyDeleteYa. IC pun dah tukar alamat Kelana Jaya.Senang, malas nak bersesak - sesak balik mengundi
Delete