Hari kejadian adalah pada 21 Mei 2025. Memandangkan blog ini Auto update.
Banyak motor tapi parking motor adalah terhad.
Kita ke tandas dulu. Wangi dan bersih.Walaupun tidaklah 100% kan.
Suasana medan selera dari gerai no 1 hingga ke hujung sana.
Ni kedai Nasi Kerabu yakni menu Kelate. Dulu masa jadi food rider ada juga pick up dari sini.
Ayam Gepuk pun ada.
Nasi Sup. Glurp!! aku jenis yang tak berapa sangat nak makan sup. Eh! semalam dinner makan bihun sup selepas sekian lama tak makan kan.
Ada jual mee bandung dan laksa johor. Yahoo!! next time boleh terjah sini.
Ada jual jus buah dan yang manis - manis.
Ini gerai nasi lemak yang aku makan sarapan tempoh hari.
Yang ini ada jual western, pasta dan yang sama waktu dengannya.
Ada jual pisang goreng crispy kat sini. Baru tahu.
Sini jual apa ye? Tak ingat.Rasanya air kot!! sebab owner/pekerja dia ramah tamah tanya nak order air ke? Betul..betul..betul.
Dah sampai gerai yang ke 25. Memang owner dia ada style dan ada gaya. Jual western juga. Boleh try time gaji nanti.Alhamdulillah dah jumpa port 'lepak' makan yang baru.
Beli nasi ayam. Gerai dia no 23. Gambar tak ada kat sini sebab hasilnya 'bergetar'.
Order air kat sini.
Nota Kaki : Bila nak diet ni? Berat dah bertambah - tambah ini. Doakan lah Misi turun 11kg berjaya dilaksanakan. Seluar baru dah ada.Kasut lama pun ok je.Ada stokin juga kan. Tapi malas juga nak berjalan kat taman untuk keluarkan peluh. Semoga misi tu akan terlaksana selepas raya haji atau awal Jun tahun 2026.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

byk pilihan nk mkn tu...hah bila nk diet tu ...smoga bole turun berat yg diidamkan
ReplyDelete