594 - Pemakluman : Bahaya Trend Handstand

shaizhar
0

 

📢 MAKLUMAN PENTING UNTUK IBU BAPA / PENJAGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa terdapat trend “handstand” (berdiri menggunakan tangan) yang semakin tular dalam kalangan murid dan telah berlaku kes kecederaan di sekolah, termasuk kecederaan pada bahagian kepala.

Sehubungan itu, pihak sekolah ingin menegaskan bahawa:

❗ Murid dilarang melakukan aksi handstand di kawasan sekolah

❗ Aksi ini berisiko menyebabkan kecederaan serius seperti terhantuk kepala, sakit leher dan tulang belakang

📌 Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk:

✔️ Menasihati anak-anak agar tidak meniru aksi berbahaya ini

✔️ Sentiasa mengingatkan anak tentang kepentingan keselamatan diri

✔️ Memantau penggunaan media sosial anak-anak

Keselamatan murid adalah keutamaan kami.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.


Nota Kaki : Bukan zaman 90-an dulu dah ada ke aksi macam ini? Ada yang pernah buat tak?

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !