Sudah lama tidak ke sini. Tidak ingat bila kali terakhirnya. Mungkin masa zaman bawa Food Panda tahun 2024 mungkin.
Sunyi sepi je. Ada lagi ke tak?
Yang tak berkenan dengan tempat ini. Tengoklah anak tangganya. Ada juga lift tapi kena turun kat bawah. Tetiba rasa pelik. Eh! kenapa kosong?
Abang yang duduk makan kat atas tu (tapau makanan) bagi tahu dah pindah bawah ini. Tapi, kenapakah? Nanti kita google atau tanya ChatGPT.
Kat bawah ini ada banyak gerai jualan. Yang jual nasi lauk-lauk (nasi campur) hanya dua. Yang paling meriah kat hujung ini.
Yes! kat sini ikan bakar dia & bakar2 dia terbaik. Yang penting sambal belacan dan air asamnya.
Menu pilihan hari ini. Agak - agak berapa harga makan tengah hari aku hari ini?
Nota Kaki : Lepas ini boleh singgah sini lagi. Ada jual yang goreng - goreng juga. Ada masakan tomyam serta citarasa Indonesia.



.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
Betul... ikan bakar ni selera nya terletak kat air asam tu...
ReplyDeleteia penentu!
Betul.Tapi kalau ikan di bakar tak masak. Tak leh nak makan juga.
DeleteSedap lauk ikan bakar tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah lama tak makan.
DeleteIkan bakar sedapnya....apa lagi panas2....ni kalau dapat lauk sejuk...patah selera.....
ReplyDeleteBetul tu.Makan yang panas2 memang sedap.
Deleteikan bakar tu nmpk sedap sungguh
ReplyDeleteYa betul. Ikan bakar kat sini memang famous.
DeleteAaghhhhh drooling lah membayangkan ikan bakar dengan air asam 🤣😍😍😍. Saya browsing tadi jarak tempat ini ke hotel Moxy KL tempat saya stay nanti. Ternyata agak jauh juga yaa 😄. Liat nantilah, kalau sempat, saya datangi naik grab
ReplyDeleteBanyak sahaja ikan bakar yang enak di Kuala Lumpur. Bisa tanya sama Carneyz
Delete