📢 MAKLUMAN PENTING UNTUK IBU BAPA / PENJAGA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa terdapat trend “handstand” (berdiri menggunakan tangan) yang semakin tular dalam kalangan murid dan telah berlaku kes kecederaan di sekolah, termasuk kecederaan pada bahagian kepala.
Sehubungan itu, pihak sekolah ingin menegaskan bahawa:
❗ Murid dilarang melakukan aksi handstand di kawasan sekolah
❗ Aksi ini berisiko menyebabkan kecederaan serius seperti terhantuk kepala, sakit leher dan tulang belakang
📌 Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk:
✔️ Menasihati anak-anak agar tidak meniru aksi berbahaya ini
✔️ Sentiasa mengingatkan anak tentang kepentingan keselamatan diri
✔️ Memantau penggunaan media sosial anak-anak
Keselamatan murid adalah keutamaan kami.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.
Nota Kaki : Bukan zaman 90-an dulu dah ada ke aksi macam ini? Ada yang pernah buat tak?


Anak2 memang tap pandai takut... kita kena ingatkan mereka
ReplyDeleteBetul tu. Budak2 zaman 80/90an ok je buat aksi ni. Ops!
DeleteBahaya ni. Bagus pihak sekolah buat peringatan begini. Sama² kita ingatkan anak² supaya tak terjebak
ReplyDeleteBetul tu. Biasanya, mereka ini mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
DeleteDia orang sebenarnya ikut kawan-kawan, seorang buat yg lain pun ikut. Memang kena pantau la gamaknya
ReplyDeletekat rumah kita jaga.. di luar kita tak dapat nak pantau.. risau kan..
ReplyDeleteKalau di sana handstand, di sini sedang trend Headstand pula. Guru2 dah share utk semua parents agar bagi tahu ke anak2 jangan melakukan itu kalau tak tahu tekniknya
ReplyDeleteni hanya utk professional la
ReplyDelete