Tahun lepas tak pergi. Tahun ini kenalah hadir tunjukkan muka.
Harap bermula ikut jadual lah.
✨ Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-49 ✨
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-49 SK Kampung Tunku akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 25 April 2026
🗓 Hari: Sabtu
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.30 Petang
📍 Tempat: Dewan Gemilang, SK Kampung Tunku
🍽 Sarapan pagi dan jamuan tengah hari turut disediakan
👗 Tema : Hari Raya 🌙✨
Jom sama-sama kita hadir bagi menjayakan mesyuarat ini serta memperkukuh kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah 🤝
Kehadiran dan sokongan anda amat dihargai 💙
Dan catatan di hari kejadian.
Banner Mesyuarat PIBG
Suasana pagi hari Sabtu 25 April 2026 sekitar jam 8.00 pagi.
Kaunter pendaftaran
Aku main scan je ingat ini daftar kehadiran. Sekali baru perasaan ini untuk Buku Program.
Ini baru betul scan QR Code untuk kehadiran. Bila scan tetiba tak boleh pulak.Jadi tulis sahaja secara manual.Tapi masak menikmati sarapan boleh lah pulak.
Hidangan sarapan pagi ini. Ada Nasi lemak dan Karipap serta Meehoon Goreng.
Meehoon goreng yang hancur lebur. Mesti kes celur guna air panas.
Syukur untuk rezeki pagi ini. Minumannya adalah teh o panas.
Suasana di kantin sekolah
Nasi lemak yang biasa - biasa sahaja. Bersyukurlah ada juga makanan untuk dimakan. Yang paling best adalah makanan percuma. Tak gitu?
Suasana dekat dewan untuk mesyuarat PIBG. Dalam hati. sedih!!! kerusi ni dah berapa belas tahun usianya? Sangat usang. Mungkin boleh letak alas lebih molekkan. Apa kata anda?
Aku duduk disini sampai 8.30am tapi masih belum bermula jadi aku melangkah pergi ke Kuarters Kastam Kelana Jaya ambil anankku Najla Nazihah dan hantar ke Masjid Kampung Tunku pulak untuk Kelas Tuisyen mingguannya.
Nota Kaki : Di sebabkan minggu tu sabtu aku kerja dapatlah munculkan diri sekejap. Buat syarat kata orang. Dah tak boleh nak tukar cuti hari sabtu ini. Jadi kenalah bekerja 2 minggu sabtu berturut - turut.




.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)


Bagus ko rajin gak hadirkan diri ke mesyuarat pibg hahaa ako rs tiga bdk kat rumah ni sekali je ako join pibg nya haha
ReplyDeleteSebab tahun lepas tak pergi. Lagi pun mak dia pun x pergi. Jadi kena ada yang jadi 'wakil'
DeleteYang penting ada makan², hehe
ReplyDeleteBukan makan2 je siap ada jamuan terlajak raya dengan berpakaian raya
DeleteAku pergi mesyuarat PIBG tahun lepas. Tahun ni tak pergi sbb serik haha. Dieorg buat cabutan bertuah tapi yg bertuahnya balik2 cikgu je yg dapat 🤭 mak ayah ada la sorang dua tu pun yg ajk pibg jugak. So tahun ni malas nak pergi.
ReplyDeleteSekolah sini macam tak ada cabutan bertuah tapi meriah sebab ada jamuan terlajak raya siap berbaju raya termasuk aku.
DeleteShai orang kuat PIBG nih..
ReplyDeletekuat lah sangat. Hadir untuk bagi ada rekod je. ha ha ha
DeleteSaya pikir awalnya kursinya memang motif abstrak. Ternyata Krn dah lama 😅😅. Macam mana bisa hitam bagian belakang tuh 😅
ReplyDeleteBaru tahu kalau bihun banyak hancur, itu Krn rendam air panas. Dapat ilmu baru. Next saya masak bihun tak rendam air panas
Ya betul. kalau rendam air yang 100% panas memang akan hancur.
DeleteMesyuarat PIBG ni kena hadir.. ada parent yg tak nak hadir tapi dlm bab complain bukan main hebat lagi.. nak complain apa di Mesyuarat PIBG lah tempat nya..
ReplyDeleteBetul tu. Ini lah tempat yang sepatutnya bersuara jika ada ketidak puasan hati serta sebarang cadangan dan tambah baik.
Deletefood tu sedap hehe
ReplyDelete