Beberapa bulan lalu pernah masuk nak makan kat sini tapi pekerja dia buat tak tahu je dan tak layan. Kita dah 2 minit berdiri kat kaunter.
Di satu petang selepas balik kerja. Selepas selesai beli barang untuk kerja seni anakku Najla Nazihah, singgahlah disini.
Aneka jenis cendol. Tak tahu nak pilih yang mana satu.
Ada ayam gepuk, ayam geprek & ayam penyet.
Pilihan minuman.
Ada juga masakan panas.
Ada jualan sarapan juga. Tak pernah ke area sini pada waktu pagi.
Akhirnya pilih cendul pulut sahaja. Tengah bulan kan lagi pun anak tekak tak terasa nak makan durian pada ketika dan saat ini.
Inilah cendol pilihan ku. Rasanya biasa sahaja. Tak manis. Cendol dia macam yang 'segera'. Kalau homemade lagi sedap rasanya. Teringat cendol2 zaman - zaman dulu. Pulut sedikit berminyak. Mangkuknya sangat kecil. Jadinya, biasa - biasa sahaja.
Menu pilihan ialah ayam penyet. Rasanya biasa - biasa sahaja dan tidak boleh dikatakan wow. Mungkin sebab aku dah selalu makan kat tempat lain yang jauh lebih sedap di tekakku. Apa pun boleh la.
Nota Kaki : Mungkin kali pertama dan terakhir kot! kalau nak makan cendol durian di masa mendatang mungkin akan mencari tempat lain sahaja. I'm Sorry anak tekak kata so - so sahaja.



.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
if so-so ajer, so cukuplah hanya sekali gitu!
ReplyDeletePada tekak saya so - so je.
Deleteaiii nasib x baik
ReplyDeletebaca entry ni time betul2 tgh lapar😁
Maafkan saya. Jadi tengah lapar tue sempat makan apa je? Dapat tak capai roti atau biskut?
DeleteKalau so so saja, okelaah, tak payah saya nak Coba 😄. Biasanya tiap ke KL saya pasti akan mencari kuliner yg belum pernah saya coba. Untuk June esok nak kesana lagi, memang dah panjang list kuliner to try yg saya buat 🤣.
ReplyDeleteMahu ketemu sama saya tak? translate to Indonesia Apakah kamu ingin bertemu dengan saya?. English translation Do you want to meet with me?. ha ha ha
Deletex apa. nanti abg cari la port cendol lain yg wow! Pasti akan jumpa. Good luck!
ReplyDeleteBetul. Ada je banyak port cendol lain. Harap dapat bertemulah yang memenuhi citarasa anak tekak
Delete