Dah lebih 2 bulan menjadi pekerja di Bandar Sunway. Selalu lalu sahaja tak pernah singgah. Jadi di satu tengah hari, tekak rasa nak makan kat sini.
Lokasi macam biasalah di Bandar Sunway. Tempat kerja aku belakang bangunan tinggi yang sebelah kanan tu. Jarak berapa ratus meter sahaja.
Antara menu di luar pintu masuknya.
Ada produk yang dijual.
Lagi produk yang di jual.
Harga makanan hari ini. Total hangus adalah RM 15.30
Nasi lemak versi berasd perang. Ada ikan bilis yang suci murni serta gajus kau! Pertama kali makan nasi lemak yang 'sihat' katanya. Sambal pun tak pedas.
Ada percuma lagi 2 sayap ayam. Jumlah sayap ayam adalah 4. Malas nak bungkus bawa balik. Jadinya makanlah sampai habis. Eh! ada air juga tapi lupa ambil gambar. Teh o lemon organik katanya.
Nota Kaki : Tekak rasa macam nak makan manis - mana je. Apa yek?

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
nasi lemak beras perang...skali tgk td ingat nasi dagang klate
ReplyDeleteYa. Betul.
Deletedah lama tak singgah sini.. rasanya last sekali masa zaman PKP, itu pun jumpa bank agent dekat Old Town White Coffee untuk sign agreement..
ReplyDeleteOld Town white coffee kat Bandar Sunway ni pun dah 'TUTUP'
Deletesekali tgk nampak mcm nasi dagang
ReplyDeleteDua kali pandang macam apa?
DeleteSihat betul nasi lemak tu. Rasanya macamana? Berbaloi ke dengan harga tu?
ReplyDeleteSangat berbaloi dapat 4 ketul kepak ayam.
DeleteHarga macam mesra pengguna
ReplyDeleteYa betul. Sebab tu dia offer hari orang bekerja dan time rehat sahaja. Kawasan ni banyak tempat makan.
Delete