Memang plan nak makan cendol dan durian. Jadi 'tersesat' di sini. Lokasi kejadian di Seksyen 24 Shah Alam.
Pekerja yang gigih menyediakan order pelanggan. Beratur panjang juga. Dalam 15 minit baru giliranku tiba.
Harga cendol di sini. Memang agak murah kan. Cendol biasa pun RM 3. Tambah pulut/ kacang merah/ jagung/sagu/ oreo/ koko crunch / durian kampung hanya RM 5.
Menang anugerah bintang popular kau! Tapi tak tahu tahun bilka punya anugerah ini.
Kat sini ada jual durian.
Order cendol durian kampung dan bungkus cendol pulut. Tak kan nak order satu je. Tak berbaloi beratur panjang - panjangkan. Nak beli cendol musang king tak berapa nak ada bajet sebab belum gaji.
Zoom dekat sikit. Kau orang agak ada berapa ulas durian tersebut?
Ya. Ada 4 ulas. Berbaloi ke berbaloi sangat dengan harga RM 5 termasuk cendol. Kiranya satu ulas 0.50sen. Alhamdulillah cendolnya serta bahan - bahan termasuk isi duriannya memenuhi citarasa anak tekak.
Kat sini ruang jualan durian.
Jom pergi lebih dekat untuk tahu harga dan jenis duriannya.
Ada ringkasan kepada jenis durian tersebut. MK tue mestilah Durian Musang King Kan.
Macam - macam jenis durian dan harganya. Pilih sahaja yang mana satu. Tak perlu bawa balik dengan kulitnya. Bawa balik isinya sahaja sebab kulitnya tak boleh dimakan.
Lagi harga durian yang lebih bajet dan murah serta mampu di beli oleh B40.
Kalau aku cukuplah beli yang harga bawah RM 15. Aku bukan hantu durian pun. Kau orang dah makan durian. Ada kawan aku, kenduri durian berhabis dekat RM 700. Kau rasa?
Inilah kawasan packing durian tersebut.
Nota Kaki : Berakhirlah episod pusing - pusing Shah Alam.


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

Murah betul cendol durian tuuuu
ReplyDelete