Simpan sini buat kenanganan
Dari kiri gambar 11/11/26 kat Kedai Tepi Masjid. Yang kat tangga tu minggu lepas. Sekolah agama cuti jadi lepak pagi kat Office Daddy sebab Mummy dia ada urusan kat Putrajaya.
Untung budak - budak sekarang tak payah hari - hari pakai seragam sekolah macam kita dulu - dulu. Hari isnin sahaja pakai lengkap uniform. Hari lain pakaian sukan.
Ini pakaian santai dia kalau datang lepak kat ofis Daddy. Sekarang dia dah tak duduk rumah pengasuh yakni transit. Jimat lah dekat RM 200 sebulan.
Posing sakan. Masa ni ada sambutan Hari Kanak - Kanak Sedunia kat sekolahnya.
Nota Kaki : Simpan sini buat kenangan dan jadi memori untuk dikenang dan di lihat di masa - masa mendatang. Kejap je dah nak habis sessi persekolahan 2026. Bulan depan 5/12/2026 dah mula cuti sekolah. Tahun depan dah sekolah kebangsaan sessi pagi sebab dah masuk darjah 4.













anak perempuan slalu ikut muka ayah...najla ikut muka daddy...hah cuti sekolah tklama dh..nk bw najla jln2 mana nanti
ReplyDelete