Awal bulan Oktober 2026 sepatutnya healing di Melaka yakni Ayer Keroh tapi tak jadi. Mungkin di lain bulan pulak lah jawabnya.
Episod kembali ke Kajang. Banyak tempat nak pergi sebenarnya. Tapi tak ada rezeki.
Hujung minggu awal bulan Oktober 2026 kembali ke Kajang. Misi pertama makan sate dulu.
Makan kat Medan Sate Jalan Sulaiman.
Ada juga banyak gerai lain. Tapi gerai sate yang no.2 ini yang lebih ramai pelanggan dan bertanya nak makan apa. Aku suka perniaga yang macam ini.
Tak tahu tetiba tekak rasa nak makan air sirap bandung. Adakah aku akan terbang ke Bandung sikit masa lagi?
2 sate ayam dan 2 sate daging.Suka sebab ada bawang dan timun seperti biasanya. Kuahnya boleh tahan sedap.
Dalam 2pm lebih check in hotel dekat Bandar Kajang. Berhampiran RHB Bank.
Hotel Oyo 91. Kali booking dari Apps Oyo. Harga semalam dalam RM 60+
Kena panjat ke tingkat satu. Ini pintu masuknya.
Antara pilihan bilik yang ada. Alhamdulillah urusan check in laju dan mudah sahaja. Pakai Oyo ni lebih mudah pada aku sebab detail booking semuanya di Whatsapps kepada pelanggan.
Kali ini tak berapa nak bernasib baik. Dapat bilik di tingkat paling atas iaitu tingkat 2. Memanjatlah ke atas.
Rupa paras katil dan tempat tidurku. Alhamdulillah kali ini dapat bilik ada tingkap. Dapatlah menikmati permandangan luar yang sangat indah.Tapi tak ada ambil gambar pun.
Tandasnya. Bolehlah daripada tak ada. Hotel lama. Memang bak kebersihan dan kemudahan memang kategori old school. Tapi nak berjimat punya bakat atau dalam kata lain kedekut.
Aktiviti petang hari ialah ukur Plaza Metro Kajang.
Rupa parasnya. Pusing - pusing tengok apa yang ada. Kedai 'saka' RM 2.60 pun ada tau.
Inilah tempat makan tengahari tadi.
Jejalan terjumpa ini. Dah lama teringin. Sebabkan kedekut beli yang paling murah. Tea lover sila hadir.
Dah lama tak membeli minuman di Tealive. Jadi ini harilah.
Suasana pintu masuk Tealive. Order kat luar je. Tak bercadang nak masuk duduk dan minum di sini.
Aku memang peminat teh sejati.Tetiba rindu Cameron Highlands. Eh! tapi aku lebih suka LIPTON dari BOH.
Minuman pilihanku petang hari ini.
Antara pilihan minuman yang ada.
Tersesat di bangunan yang hijau kuning. Guna pintu masa, pinjam dari doremon dan kembali sekejap ke Aloq Setaq katanya. Aku pun tak tahu kat sana Restoran ini kat kawasan mana.
Masuk dan lihat. Kawasan tempat makan/minum yang selesa.
Pilihan lauk pauk yang ada serta papadom.
Terasa benar-benar seperti balik kampung sebab warnanya hijau dan kuning.
Pinggannya pun hijau dan nasinya pulak kuning. Baru namanya nasi kadaq utaqa.
Pilih daging, telur masin dan sayur kobis. Kuah kasi campur. Order air juga Teh o ais ikat tepi. Harga hangus dalam RM 14.00 kalau tak silap.
Petang ini jalan kaki je ukur kawasan berhampiran penginapan.
Nota Kaki : Bersambung di episod akhir pulak.




.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

Betui-betui nasik kandaq Aloq Staq nooo.
ReplyDeleteKadang kita bukan tengok pun pemandangan luar bilik, tapi bila ada tingkap tu taklah rasa sesak kan.
ReplyDeleteKemain hijau pinggan makannya ya 😀