743 - Aktiviti Bersama Anakku Najla Nazihah 26.09.26

shaizhar
12

 


Tarikh yang cantik 26.09.26

Hari ini ada job part time. Upahnya lumayan. Pertama keluarkan duit di bank.

Beli makanan kat sini. Boleh tahan ye nasi kerabu + solok lada + daging lemak = RM 17.00 glurp!!

Alhamdulillah upahnya RM 10. Lumayan kan?

Kena paksa ambil gambar.

Lagi satu.

Hari ini aku off dan tak bekerja 3 minggu berturut - turut pada hari sabtu dan bulan depan (Okt'26) kena bekerja 3 minggu berturut - turut pada hari sabtu.

Lepas dah hantar anakku Najla Nazihah kat Kelas di Masjid Kampung Tunku. Aku mencari tempat sarapan di area Petaling Jaya. Tanya sama Google dia bagi banyak tempat makan area Kota Damansara. Dan akhirnya.......

Tersesat di sini. Dekat area New Town PJ. Berhampiran Menara MBPJ kalau tak silap. Tak biasa sangat kawasan ini tapi pernah lah lalu.

Suasana di dalamnya.

Ada nasi lemak daun pisang. Banyak pilihan lauk pauk juga.

Menikmati sepinggan nasi lemak dengan telur mata dan daging. Tak tahu masak apa.

Tanpa kacang. Ikan bilis yang suci murni. Secukup rasa semua. Tetiba ternampak orang makan roti canai. Tak kan tidak. Tak perasaan ada roti canai sebab penebar dan tempat masaknya kat belakang. Biasanya kan orang tebar roti canai kat depan kedai/restoren/warung. Jarang - jarang di belakang kecuali kedai mamak kan yang mempunyai tempatnya tersendiri.

Sekeping sahajalah dah melantak nasi lemak + lauk lagi kan. Kuah karinya sedap dan cukup rasa.

Lepas dah kenyang ayuh kita ke Taman Astanakona. Eh! Taman Aman yang ada tasik itu.

Jom briswalk katanya.

Menikmati keindahan alam. Ramai umat manusia. Ada program apa ntah. Keliling tasik orang memancing. Tak dapat nak pusing 1 tasik/taman sebab ada orang tengah shooting kat tepi area laluan jambatan kayu itu.

Jom senaman. Keluar lah peluh setitik dua. Kemudian dekat 10.30am bergerak tunggu anakku kat Masjid Kampung Tunku. Tepat 11.00am dia habis kelas. 

Tanya lapar tak. Bila tahu makanan meehoon goreng terus makan dulu buat isi perut.

Menikmati hidangan dengan penuh nikmat.

Lepas tue beli jiwa dengan bawa gi taman mainan. Ini je tempat percuma dan tak perlu bayar.

Kali ini pergi dekat area Masjid di SS 3, Kelana Jaya. Masjid Al-Hidayah.

Bermain dengan riang ria sebelum datangnya 2 beradik lelaki perempuan beberapa minit selepas kami sampai.

Nak memanjat tapi sejenis yang takut.

Suasana taman mainan di tepi jalan.

Kanak - kanak riang yang turut bermain buaian. Ha ha ha.

Buai laju - laju aku nak kawin dengan anak raja. ha ha ha.

Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan anakku walaupun sekejap.

Nota Kaki : Minggu ini tak ada check in hotel atau jejalan JJCM. Tangguh awal bulan Oktober 2026 lah pulak.


Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mahalnyaa set nasi kerabu hahahaha.. boleh buat belanja dua hari ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah harga kat Kelana Jaya memang macam tu. Yang beli tue T20. ha ha ha

      Delete
  2. Alhamdulillah another weekend well spent w lil Najla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Masih ada masa untuk bersama anakku.

      Delete
  3. Huih anak dara main playground pakai baju kurung. Baik2 nanti terabak kain 😁

    ReplyDelete
  4. Nasi kerabu dengan solok lada & daging lemak RM17 boleh tahan harganya, tapi sekali-sekala layan kat New Town PJ best juga! Kat area mana favorite sarapan tempatan lain kat PJ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saya yang order Nasi Kerabu tu. Banyak tempat makan best kat PJ. Ikut citarasa masing2

      Delete
  5. najla ada komplen tak psl dia kena main sorang2 sbb tak de adik/adik-beradik? memang kena kental bila jd anak tunggal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah okay je. Kalau balik rumah kg ada ramai sepupu sebaya.

      Delete
  6. Precious time with najla gitu hehe....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !