737 - Tersesat di Cyberjaya (Jalan - Jalan Cari Makan) @ Kopi Raso

shaizhar
14

 

Macam mana Kopi Raso ni? Mana peminat BDG mesti tahu. Apa itu BDG, scroll entry ini sampai ke penghujungnya.

Semestinya pertama kali di sini dengan banduan Waze. Nampaknya macam 'di hujung dunia'. Melalui kawasan - kawasan perumahan mewah. Basikal siapa kah itu?

Pintu masuknya.

Ruangan kaunter dan jualannya.

Lagi suasana di dalamnya. Kat kanan tu ada penunggal basikal tadi tu tengah duduk menikmati makanan dan minuman. Dan ada juga sekumpulan ibu2 bersama anak2 berkumpul sembang2. Ni mesti kes gantung kuali di hari ahad.

Antara yang di order. Melayang RM 18.50. Boleh je kalau nak dapatkan diskaun. Tapi kita berkongsi rezekilah sesama islam. 5% je pun.

Minuman 'kayangan' hari ini RM 14.00 kau!! Nasi lemak cyberjaya berharga RM 4.50. Tak apalah sesakali kan. Mungkin ini yang pertama dan terakhir. Siapa tahu!

Rupa paras nasinya. Sesedap rasa. Ada telur dan dan sambalnya pun just nice. Nasi warna hijau ada bau pandannya tapi tak kuat. Air pun sesedap rasa sahaja. Cream Hazelnut katanya.

Selfie kat cermin di sinki. Suka tandasnya kemas dan bersih tak ada berhiasa bagai dan yang penting tidak kotor dan berbau.

Mug kayangan u allz. Inilah BDG 'Borak Dalam Galley'. Post cast aviation kendalian bekas paramugara MAS yakni penyanyi dan pelakon Zarul Husin a.k.a Zarul Umbrella a.k.a Abang Janji Abang Payung.





Address

Masreca, No. 16-G, Jalan Masreca 19/1, 19, Persiaran Rimba Permai, 63000 Cyberjaya, Selangor

Phone

+60 19-499 8834


Nota Kaki : Sebagai seorang bekas Pembantu Khidmat Pelanggan atau dalam Englishnya Customer Service Assistant (CSA). Kami ibarat Duta kepada tetamu atau pelancong yang melawat ke Menara Kuala Lumpur. Kami memakai pakaian rasmi atau Uniform yang bercirikan Malaysia. Juga melayan serta membantu sama sahaja macam mereka yang bekerja di 'Udara'. Kami CSA juga kena juga mahir bebahasa English dan kelebihan bertutur dan memahami bahasa lain adalah satu Bonus. Ada ke kekawan aku masa kerja kat Menara KL boleh cakap dan faham bahasa Jepun, Mandarin, Tamil etc.

Kami juga belajar basic bahasa asing sebab pelancong yang datang adalah dari berbagai negara.
Best bila dengar pengalaman - pengalaman bekas Paramugara/Paramugari ini. Untung dia orang boleh terbang ke luar negara dan merasai berbagai pengalaman.

Kami CSA juga belajar membuat pengumuman, belajar CPR, belajar cara melayan pelanggan, kena pergi kelas itu dan ini untuk meningkatkan kemahiran termasuk kelas english, kelas protokal, kelas customer servuce dll.

Kami juga ada roll-call atau breafing session sebelum masuk berkerja. Kami juga berkerja dalam kumpulan dan mempunyai penyelia. Bila masa 3 grop ini bekerja serentak akan ada giliran untuk outhing. Waktu yang paling ditunggu - tunggu. Kami akan membuat perancangan untuk melawat temnpat - tempat menarik sekitar KL/Selangor dan sejauh Genting Higlands untuk ambil tahu berkaitan tempat tersebut. Merasai pengalaman berada di situ. Selain itu kami juga ke tempat - tempat seperti Muzium, Galeri, Shopping Mall dan kawasan tumpuan pelancong di sekitarnya termasuk Hotel.

Kalau nak senaraikan memang panjang. Selalunya aku yang akan uruskan bahagian ini. Antara hotel yang kami lawati masa zaman aku kerja CSA dulu ialah di Place of Golden Horses Hotel, Mines Hotel.

Shopping mall, KLCC, Sungai Wang, Lot 10 dan banyak lagilah.

Pernah juga melawat ke Penjara Pudu.

Berbalik kepada Youtube BDG ini dan ramai juga artis dan selebriti dah muncul dalam episod di BDG tu seperti Datuk Ziana Zain, Maria Tunku Sabri, Amy Mastura, Farouk Hussin, Sherry Ibrahim dll.

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Airnya lagi mahal dari nasi lemak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air2 zaman sekarang memang lah gitu. Semua coffee shop harga mesti lebih RM10+ kalau letak ais.

      Delete
  2. Self reward dgn air mahal apa salahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang minum air mahal2 ini. Tue lahkan sesekali katanya.

      Delete
  3. air kt cafe gitu la skarang..belas2 tk lari harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas dah minum air mahal. Terpaksa minum air suam/putih banyak2. ha ha ha.

      Delete
  4. terliur nasi lemak! tapi sbb i tgh on diet, kena menahan nafsu mkn la agar dpt achieve target

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak T20 macam tu lah harganya. Nak cari nasi lemak RM1 ada je tapi kena beli 3 bungkus baru kenyang. he he he

      Delete
  5. Kalau mahal, sesekali boleh la. BDG ni maknanya Zarul Umbrella punya ke?. Zarul ni dulu pernah jadi blogger dan pernah komen kat blog saya juga beberapa kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Youtube Zarul Umbrella dah bertahun dia buat Video kat YT sebelum covid lagi kalau tak silap.

      Delete
  6. Tak lewat sini pula saat ke cyberjaya tahun lalu. Tapi memang dah kawasan sana, pastilah tak murah makanan minuman kan 🤭. Apalagi kopi2 kekinian macam tuh.

    Sesekali merasa, okelaah.

    Oh dia eks pramugara berarti yaa. Beberapa teman dan sepupu saya kerja sebagai pramugari dan pramugara. Kalau dah dengar cerita pengalaman mereka selama terbang, memang menarik sangat 😄.

    Cita2 saya juga duluuuu, tapi terpaksa kubur, tinggi badan tak sampai 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue lah ketinggian penting juga untuk perkerjaan itu.

      Delete
  7. Replies
    1. Oh ye ke. Yang saya ingat Datuk Azizul Hasni Awang je.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !