723- Xtvt Anak Beranak Bulan September'26 (Jalan - Jalan Cuti Sekolah) KLIA Terminal 1 - KL Sentral - NU Sentral

shaizhar
6

 

Sampai KLIA Terminal 1 terus ke Food Garden kat Level 2.

Bukti dah sampai KLIA dan jomlah kita Sarapan + Brunch.

Tengah tunggu makanan sampai. Order nasi ayam.

Makan nasi sahaja ayamnya daddy yang kena habiskan.

Cuci tangan dan kemudian baru jalan - jalan ukur KLIA 1 ini.

Hanya lalu je.Tak masuk pun.

Dah sampai dekat view point. Duduk area sini dulu.
Alhamdulillah dapat tengok Kapal Terbang depan mata. Insya-Allah ada rezeki kita naik Kapal Terbang selepas ini.

Nampak macam mainan je. Habiskan masa dalam 15 minit kat sini.

Ada budak teruja sebab ada robot penghantar makanan. Boleh dia duduk bersembang dengan robot tu.

Di tanyanya nama awak siapa? Ni robot Mcdonalds.

Port OOTD. 

Gaya aksi Merdeka !!!

Seterusnya mencari tempat nak naik bas. Peta tak berapa nak membantu. Rupanya kena masuk Food Garden tadi dan keluar di hujungnya. Ambil kiri kemudian berpusing - pusing baru tiba di sini.

Jom beli tiket bas balik KL. Paling awal 12.40 Tgh hari. Tiba kat sini dalam 12.08 Tgh hari lebih kurang. Bas yang paling awal 12.20 Tgh hari dah penuh.

Harga tiket KLIA 1 ke KL Sentral RM 15 Dewasa dan RM 10 Kanak - Kanak.

Budak teruja nak naik bas. Kali terakhir naik masa masa lawatan tadika kemas.

Jom menuju KL.

Kami duduk belakang sekali.

Selfie dua beranak. Bas ini menuju ke KLIA Terminal 2 dahulu sebelum bergerak ke KL.

Baru je beberapa minit bas bergerak masuk Lebuhraya terus terlentok tidur sampai ke KL Sentral. Jalan sedikit jem menuju masuk ke KL.

Lepas dah sudah solat zuhur dan beli air minum. Ayuh! menuju ke NU Sentral.

Dari tadi tak habis - habis nak pergi MR D.I.Y

Kat luar kedai Saka ini ada mesin urut.

Layankan anak bertuah seorang ini memborong di Kedai Eco Shop + dalam NU Sentral.

Nota Kaki : Lepas itu kami terus bergerak balik Kelana Jaya menaik LRT. Berakhirlah episod Jalan - Jalan naik kenderaan awam pada cuti sekolah kali ini.

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Olololo.... comel yaya terlelap atas bahu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saat - saat yang indah bila bersama dengan seorang yang bernama anak.

      Delete
  2. menarik jugak ronda2 KLIA1 tu!! rare lah najla mkn nasi tak mkn lauk...biasanya most people/kids, suka mkn lauk then nasinya tak abih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia terbalik, kalau ayam goreng mungkin dia akan makan sampai habis.

      Delete
  3. Aha la kan... nanti nak ajak gak la uyum jalan² klia haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa jangan tak bawa. Lebih menarik kalau naik public transport.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !