Perjalanan dari Perai melalui Lebuhraya Utara Selatan dan kemudian keluar dekat Tol Sungai Petani (Utara). Melalui jalan luar menuju ke Alor Setar. Gerak dalam 10 pagi dan sampai di sini sekitar 11.30 pagi. Akhirnya dah dekat nak sampai ke kampung halamanku. Singgah sini sarapan + lunch = Brunch.
Ada goreng2 cucuq udang kat luar ini.
Akhirnya selepas 2 tahun dapat kembali menikmati Ais Kacang Salji yang aku dah makan sejak kecik. Yang paling aku ingat masa umur belasan tahun.Aku pergi tuisyen dekat area sini.
Yang dinantikan pun tiba. Aku ambil yang campur. Ada perut sekali. Nyum!! Nyum!!
Bubuh sambal ini barulah padu. Baru namanya Bihun Sup Utara.
Agak kekok sebab makan pakai sudu tak ada garpu. Almaklumlah i kan orang KL. ha ha ha.
Di sebabkan tak sarapan marilah kita makan cucuq udang. Yang penting kuah kacang.
Harga RM 6 satu set macam ini.
Dan kemudiannya. ABC Salji yang femes amous di Simpang Empat Kangkong/Tokai di Kedah ini dapat ku nikmati lagi.
Kasi zoom lagi. Nyum!! Nyum!! sesuai di nikmati pada keadaan cuaca yang panas.
Bihun Sup, ABC & Cucuq Udang. Nikmat apa yang di dustakan.
Alhamdulillah. Licin sebab lapar last makan pukul 6.30 petang hari sebelumnya.
Home sweet home. Eh! bukan kampung halaman aku.
Indahnya permandangan sawah yang menghijau. Syukur dapat menghirup udara segar.
Menuju ke rumah Kakakku di kampung abang iparku di Anak Bukit, Kedah berhampiran KTM Anak Bukit dan Istana Anak Bukit. Rumah memang tepi sungai.Selalu menjadi mangsa banjir.
Akhirnya sampai juga. Sekitar 2.30 petang. Terus rebahkan diri dan ketiduran.
Nota Kaki : Bersambung di episod selanjutnya. Kemanakah destinasiku?


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Panjang langkah akhirnya sampai juga ko di negeri kelahiran ye... haha ABC tu mmg memanggil² je untuk diratah 🤣🤣
ReplyDeleteCucoq kuah kacang memang padu!
ReplyDelete