641 - Breakfast Buffet : Restoran Tok Neban @ TTDI Jaya, Shah Alam

shaizhar
14

 

Hari kejadian adalah pada Rabu, 17 Jun 2026 yakni Public Holiday Awal Muharram. Sekitar 7.40 pagi dah sampai di sini.

Episod Buffet Breakfast/Sarapan pagi lagi. Harga mampu milik ye iaitu RM 11.90. Untuk yang bukan pemakan tidak disyorkan datang. Tak berbaloi.

Dekorasi di dalamnya.

Ada juga menjual kudap - kudapan dan produk lain.

Ada lontong dan bihun sup (tak ambil pun)

Ada jemput - jemput, roti jala dan kuah kari ayam.

Ada tembikai, ayam goreng, nasi lemak, bihun goreng putih dan rendang ayam. serta air teh, kopi , sirap dan ais kosong.

Round 1, tembikai dan teh o.

Round 2, roti canai kosong. Kuah dia sedap.

Round 3, bihun goreng yang biasa - biasa. Ayam goreng sedap rasanya guna tepung bestari dan rendang ayam yang macam tak cukup 'garam'.

Ada lagi pilihan kat sini.

Ada juga hidangan yang sesuai untuk kanak - kanak kecil dan besar.

Round 4, nasi lemak dengan rendang ayam dan ayam goreng serta nugget dan sosej. Rasanya biasa sahaja. Ambil sambal sikit takut pedas.

Round 5, lontong. Siap letak ayam goreng lagi. Ambil sikit buat rasa - rasa.

Round 6, lempeng dengan kuah kari ayam yang masin. Sangat masin. Ada kuih muih juga. Sandwich tu adalah sedap di tekakku. 

Kiri tu pinggan/mangkuk yang dah licin di makan.

Round 7, Pencuci mulut. Merasalah jadi kanak - kanak riang kejap.

Round 8, Eh! tetiba ternampak pulut kuning dan ikan masin. Ya sumpah!! ikan itu sangat masin.

Round 9, Repeat lagi sandwich bersama ais kosong.

Sekian, Terima Kasih.

Nota Kaki : Rasa berbaloi ke berbaloi - baloi kalau dapat seorang yang pemakan macam aku ini. Alhamdullilah kenyang sampai ke malam. Tapi bila malam tetiba lapar. Makan jelah apa yang ada kat rumah. Stock ready to eat banyak. Apa pun nantikan episod Breakfast Buffet di lokasi yang lain di episod akan datang. 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. byk round tu mkn berbaloi amik buffet breakfast tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya memang jenis 'pemakan'.

      Delete
  2. Replies
    1. Ada buffet breakfast paling murah RM 10 tapi bukan di KL/Selangor.

      Delete
  3. Alang2 genapkan lah 10 round....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah namanya strategi harga. Kalau letak RM 12 nak macam mahal kan.

      Delete
  4. Murah betoi... Ternyata anda seorang pemakan hehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya memang pemakan sebab tu dari orang selalu ajak saya makan free kat hotel atau restoran sebab berbaloi.

      Delete
  5. Replies
    1. Ada lagi yang murah tapi kat luar KL/Selangor.

      Delete
  6. Murah betul harga dan berbaloi dengan makanan yang ko tunjuk.. aku suka lontong tu haaa,.. tapi ikan masin bukan ke masin hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya ikan masin tu terlalu masin. Kemanisan yang terlampau. Berapa kilo garam dia letak agaknya.

      Delete
  7. Orang tak pemakan la untung sebab harga tu murah sgt even makan kat kedai mamak pun tak dapat harga camtu 🤭 eh tapiii tapiiiii... Ko bukan katanya nak diet hilang 11kg by 11.11.2026 ke? 🤪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal lagi baru nak masuk julai kan. ha ha ha, kena turun 3 bulan sebelum baru mencabar sikit

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !