Amaran keras!! Entry ini adalah entry bergambar.
Selepas habis kerja 5.30 petang terus pecut ke Kuala Lumpur menuju ke WTC.
Ini kat dalam dewan. Memang sesuai la sebab Dewan Bahasa & Pustaka. Zaman dulu - dulu Karangkraf je mampu sewa dewan besar macam ini.
Apakah?
Kat ruang legar bawah dekat area Kedai. CIMB Bank ada pameran antarabangsa. Yang paling gah dari Saudi Arabia.
Ada pameran berkaitan dengan mereka. Ada juga replika pakaian.
Ada juga dari Singapura, Indonesia. Negara Brunei tak perasaan pulak.
Ada juga dari China.
Motif?? Eh! lantaklah... Baguslah kalau pemimpin rajin membaca.Jangan hanya tahu bergaya je. Eh!
Katanya 2 hari teakhir ada Pesta Sastera.
Area ini pun macam menarik.
Both yang kecil tapi tak ada orang.
Anda kenal? Siapa..siapa. Curi2 ambil gambar. Eh!
Jom masuk dewan kat tingkat 3. Teringat kenangan dulu - dulu. Tahun 2012-2019 sebagai seorang pekerja dalam industri penerbitan.
Zaman sekolah menengan dulu selalu beli buku rujukan ini. Pernah la jadi best student satu subject tu sebab cikgu tu ambil soalan dari salah satu buku keluaran syarikat ini. Ha ha ha.
Macam - macam konsep gerai/both jualan.
Kenapa ramai orang berpusu - pusu di sini? Siapakah Sumie Azil ini. Superhero baru ke?
Ambil gambar secara rawak sahaja. Ada je area yang ramai orang. Jadi pilih - pilih.
Yang nama Toha tu pernah jadi bekas rakan sekerja. Orang Jengka Pahang, masa dia kawin di rezeki pergi ke majlis dia.
Banyak je Pempamer yang buat konsep jualan terbuka macam ini.
Ada yang kenal? Tiada rezeki untuk bertemu.
Maaf gambar sedikit bergetar.
Yang ini paling seram.Nasib baik duduk paling hujung dan jauh dari manusia.
Telaga Biru.Disini diriku 2012-2020 (8 Tahun 8 Bulan)
Ini kat level 4. Tak nak kalah ye.
Istana Ice.Dan yang sebelah kanan tu gerai/both Hilal Asyraf.
Betul2 Blink tau kat sini.
Eh! eh! pelik benar. Macam mana boleh sesat.
Macam - macam konsep both dan kombinasi warna.
Sini pulak meriah dengan warna unggu.
Tengoklah buku ini.Duduknya dalam kotak sangat ekslusif ye.
Akhir sekali di Level 5 yang agak sunyi sepi.
Ada pameran negeri Pahang ini.Tak masuk pun. Takut terjebak.
Ada Pameran lukisan juga. Harga ada dekat setiap lukisan. Jika aku kaya akan aku beli satu buat di pamerkan di dinding - dindingan.
Yahoo!! time ni dah nak dekat 7 malam. Suasana agak lenggang. Tapi kat dalam dewan tue memang meriah je.
Dah berakhir dia episod sebagai 'permain' dalam industri Penerbitan di Malaysia.
Jom kita keluar. Kat luar pun meriah. Macam - macam jualan. Siapkan duit je.
Deretan Food Truck dan gerai jualan. Time ini dah nak dekat 7 malam.
Yahooo!! ada juga yang menarik minat aku untuk membeli.
Beli kat sini.Letak yang pedas.Eh! memang pedas yek!. Nak sangat.Dah la tak beli air.
Nota Kaki : Pada 06.06.26 nak bawa anakku Najla Nazihah ke sini. Tunggu lah, kalau muncul kat episod selanjutnya bermaksud memang jadilah perancangan tersebut. Kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Dah lah tahun lepas tak bawa Najla Nazihah ke Pesta Buku. Harap tahun ini adalah rezekinya. Kita pergi awal - awal pagi baru best sikit kan.





.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)




.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
rajin shai gi pesta buku! i dh lama tak gi
ReplyDeleteSaya dulukan kerja syarikat penerbitan buku. Saya memang suka membaca terutama novel. Ada beratus koleksi novel.
Delete