Alhamdulillah dah berjalan dengan jayanya pada 8 Mei 2026 (Jumaat).
Seawal 7 pagi dah sampai sekolah. Anakku Najla Nazihah datang naik kereta dengan mummynya. Alhamdulillah dapat parking yang dekat.
Sarapan pagi aku.Burger RM 3 dan air RM 1 setiap satu.
Suasana padang yang becak & berair kerana hari - hari hujan. Mungkin pihak sekolah salah pilih tarikh untuk sukan tahunan. Mungkin kalau awal tahun lebih baik & aman.
4 Rumah Sukan kat Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku. Anakku Najla Nazihah dalam rumah sukan bernama Cheetah yang berwarna kuning.
Anakku dan kekawannya dah mula bergerah ke tempat berkumpul. Khemah peserta untuk Sukaneka pagi hari ini.
Gimik pelancaran. Macam biasalah, aturcara tak mengikut masa yang ditetapkan. Dalam 8 pagi baru mula.
Masing - masing dah tak sabar nak beraksi. Di mulai dengan murid Pra Sekolah, kemudian darjah 1 kemudian darjah 2 dan terakhir baru darjah 3.
Dekat 10.40 pagi lebih kurang baru giliran pasukan anakku.
Jom lah tengok aksi Najla Nazihah.
Mendapat tempat terakhir yakni 4. Tak apalah anakku. Najla dah buat yang terbaik. Ini adalah kerja sepasukan. Mungkin kali ini dapat ahli yang sikit lemah. Eh! yang tak berapa nak laju dan pantas.
Dah! jom kita gi jalan - jalan cari makan. Aku tertarik dengan roti ini.
Harga RM 7. Rasa macam sama yang aku jumpa jual masa healing kat jualan barang pre loved di SS 15, Subang Jaya.
Rupa parasnya ada Ayam dan juga Daging. Aku pilih yang Ayam. Alhamdulillah rasanya sedap bertambah sedap bila aku letak cili sos.
Yang berada di atas api sedang di masak.
Berakhirlah sudah episod di tahap. Insya-Allah tahun depan dah masuk tahap 2. No more sukaneka. Semoga anakku adalah masuk apa - apa acara sukan. Kalau tak pun masuk perarakan pun okay juga.
Nota Kaki : Esoknya 9 Mei 2026 adalah Hari Sukan bagi acara Balapan melihatkan tahap 1 dan 2.




.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Tahniah najla
ReplyDeleteTerima kasih Atuk
DeleteTahniah Najla! Menang atau kalah belakang kira, yang penting semangat kesukanan dan dapat kumpul memori dengan kawan-kawan. Tahun depan dah masuk Tahap 2, mesti lagi mencabar acaranya.
ReplyDeleteItulah tak tahu lah berjaya masuk final ke tak. Tunggu dan lihat sahajalah.
DeleteTahniah Najla! Tempat no. 4 pun ok jugak, janji dapat hadiah hehe
ReplyDeleteKalau tahap 1 ini.Semua pun dapat hadiah.
DeleteKalau Kampung Tunku yang terletak PJ, masa saya sekolah rendah pernah lawan bola jaring kat sini. Kemudian masa dah besar, sempat pulak jadi guru sandaran / gur ganti selama 3 bulan ajar Matematik dan Bahasa Inggeris....
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ada juga Alumni sekolah datang. Siap ada acara khas lari berganti - ganti bertanding antara mereka.
DeleteTahun depan boleh cuba lagi.... Yg penting dapat pengalaman dan pendedahan. Eh, medal pun dapat tu. Tahniah ye Najla 👏🏻👏🏻👏🏻
ReplyDeleteRoti Chinese tu tengah viral kan. Mana² orang jual roti ni.
Memang tahap 1 semua dapat medal tu.
Deleteroti tu nmpk sedap! anyway, i'm backkkk
ReplyDeleteWelcome back.
DeleteNombor 4 tu kira power lah....
ReplyDeleteMemang power sebab yang terakhir. ha ha ha
DeleteTapi terkadang anak2 ini lebih suka juga main di lapangan yg becek dan berair 😄. Seu mereka bilang. Tak apalah, kadang bermain kotor itu bagus juga, utk melatih sensorik mereka ☺️.
ReplyDeleteSemoga next nya anak Abang dan teamnya bisa mendapat posisi lebih tinggi. Mereka belajar banyak ttg kerja sama team di pertandingan begini
Sedapnya roti Chinese nih. Saya pertamakali coba di Bukit Bintang dulu. Memang suka lah
Terima kasih sudah tinggal komentarnya di sini
Delete