Al Kisah 13 Mac 2026, Jumaat punya cerita. Lokasi Bazar Ramadan depan Sunway Pyramid.
Ada murtabak. Power katanya. Tak beli pun.
Wah! harga nasi tomato bazar ramadan sekarang dah RM 9
Ada khemah Tepung Pelita tapi perniaganya tak ada. Mungkin belum sampai. Waktu kejadian dalam 4.40 petang lebih kurang.
Lagi suasana gerai jualan yang ada.
Masih belum buat keputusan nak beli apa. Ada yang jual cucur udang. Tapi 'kembungnya' lebih. Takut tak sedap. Jadi tak beli.
Sebelah tu Masjid ye.
Banyak juga yang jual satay. Duduk sebelah menyebelah pulak tu sebab ni kawasan yang menjual produk 'berasap'.
Akhirnya, yang dicari. Jumpa juga Abang John. Ambil yang RM 10 je lah.
Itu dia. Hasil berbuka hari kejadian.
Sangat menarik. Tapi tulah harganya kecik sangat. Lagipun tak terfikir nak beli yang manis-manis. Bulan depan nak jumpa doktor Klinik Kesihatan lagi.
Gerai ni nampak mnenarik. Tapi kata mana tanda harganya. Mungkin yang kecik tu kot. Sejak tak pakai kaca mata memang tak nampak benda - benda yang kecik dan jauh tu.
Ada juga yang jual; Tako.
Akhirnya buat keputusan untuk makan nasi ayam. Harganya RM 7.00
Ada gerai jualan aneka jenis macam air balang.
Ada gerai masakan Kelantan. Suka perniaga macam ini. Lauk pauknya di tutup. Barulah pelanggan puas hati nak membeli.
Rupa paras Roti John
Zoom lebih dekat. Alhamdulillah oklah. Bukan roti yang kosong dengan sayur dan sos sahaja.
Rupa paras nasi ayam pilihanku. Alhamdulillah memuaskan anak tekak. Tetiba teringin nak makan The Rice Chicken Shop.
Nota Kaki : 19 Mac yang mendebarkan. Apakah?


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

nasibaik memuaskan...pi bazar ramadhan selalunya cari kuih je..menu2 lauk or nasi ni mmg tk bli riso tk menepati citarasa
ReplyDelete