Berangan tak salah. Biarpun tak menjadi kenyataan.Tapi Kita realisasikan dalam blog ini.
Siapa Shaizhar? Saya memang suka Muzik. Walaupun menyanyi ke laut. Adalah sikit bakat menulis. Terutama karya puitus. Konon la puitis kan. Masa sekolah ada masuk pertandingan menulis cerita pedek "Cerpen' dapatlah hadiah Saguhati. Masuk pertandingan Sajak & Syair (sebelum cukup umur) jadi dia punya kejayaan tu ada disitu. Masuk juga pertandingan lain macam Kuiz dan wakil sekolah. Tapi bab sukan & pasukan beruniform memang ke laut.
Ingat lagi masa sekolah rendah pernah buat persembahan lagu Nasyid sempena Awal Muharam. Lagu
Satu Muharam detik permulaan, perpindahan nabi dan umat islam.......'
Masa sekolah menengah baru lah ada sikit jawatan macam jadi Ketua Kebersihan Form 2, Ketua Darjah Form 3 dan Pengawas Sekolah Form 4-5.
Zaman kerja pulak sejak 1998 - 2000 kat tempat kerja pertama tu memang jenis yang suka jadi Event Coordinator. Suka uruskan lawatan group kami bila ada Outhing. Best sangat zaman tu, dah pergi banyak tempat pelancongan, Muzium, Shopping Mall & Hotel. Al-Maklumlah kerja kat Mercu Tanda Negera yang merupakan Pusat Pelancongan Terkenal Di Kuala Lumpur.
Masa zaman kerja muda remaja ini juga selalu joint persembahan. Macam drama, tarian dan karaoke serta yang paling menonjol menjadi Pengacara Majlis beberapa acara untuk staff gathering. Kenangan paling indah pernah buat persembahan mendeklamasi sajak sempena Ulagtahun ke 2 tempat kerja pertama ku itu pada tahun 1998.
Tengok, bertapa banyaknya kisah hidupnya yang melibatkan 'Seni'. Jiwa seorang yang sangat 'halus' katanya. Dan sekarang hanya mampu menjadi Live dengan suara di Tik Tok.
Nota Kaki : Dah lama tak menulis panjang di blog. Tak tahulah, kau orang boleh faham ke tak penulisan ini. Jadi kita hentam sahajalah.
Ke Enam lagu ini mengambarkan perasaan, kisah hidup dan kenyataan yang aku lalui sejak berpuluh tahun lamanya diberikan nafas dan masih lagi bernyawa.


Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.