Episod seterusnya ialah layan anak tekak. Masa kat ofis daddy dalam 12 tengah hari anakku dah makan nasi + ayam masak kicap (Tiada gambar). Jadi petang hari ini kita layan yang manis - manis sahaja.
Kek pilihan anakku. Gigih daddy print dan limited ini untuk kenangan masa akan datang.
Alhamdulillah pada 14 Jun 2025. Dua beranak ini dapat lagi bersama dan meraikan ulangtahun kelahiran satu - satunya permata hatiku.
Pilih juga nak makan ice cream. Tapi akhirnya, dia makan sikit je dan daddy kena habiskan. Nasib baiklah kami ini jenis minum air putih. Order air suam je sebab dah melantak kek dan ice cream yang sangatlah manis.
Kek tu dekat 90% dia makan sorang je dan 90% ice cream pulak dady yang melantak.
Nota Kaki : Aktiviti seterusnya ialah ukur jalan di Sunway Pyramid dan beli hadiah birthday part 2.
Alhamdulilah...seronok anak bila ayahnya meraikan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Birthday setahun sekali kali kan.
Deleteok jer mkn manis2 utk hari istimewa
ReplyDeleteBeli untuk di kongsi berdua sahaja.
Delete