777 - Jejak Selangor - Kajang (Check in Hotel & Hadir ke Karnival Hari Penjaja dan Perniaga Kecil 2026) - Episod Awal

shaizhar
2


Mari mulakan dengan Jejak Selangor sepanjang Nov'26
Check in di Hotel Uptown, Kajang Selangor.

Lokasi berhampiran shopping mall, KFC/Pizza Hut & berhampiran Mydin Kajang.

Jom kita check in. Lobby di tingkat 1. Ada lift. Naik kena guna lift. Kalau turun akan guna tangga.

Maklumat jenis - jenis bilik penginapan di hotel ini.

Pintu masuk utama untuk check in/check out di tingkat 1.

Self check in. Jarang2 bertemu mesin macam ini. Mula2 sukar juga. Terutama part terakhir kena bagi deposit. Aku dah lah sejenis tak ada Touch & Go. Nampaknya ke wujudkan juga lah kat HP ini.

Mendapat bilik di tingkat 1. Ada tingkap tapi tertutup rapi. Air cond agak jauh dari katil. Malamnya aku alihkan katil (tarik katil) ke arah air cond. ha ha ha ha. (Tolong jangan tiru aksi ini)

Bilik air seperti biasanya.

Selepas berehat seketika. Jom kita ke agenda utama dan tujuan besar ke Kajang (lagi dan lagi)

Akhirnya dapat hadir ke Karnival Hari Penjaja dan Perniaga Kecil 2026 di Stadium Kajang, Selangor.

Harap maaf gambar gelap. Kat sini ada Jualan Madani. Tak berapa nak ramai orang. Mungkin sebab petang - petang sekitar 3pm lebih orang Kajang lebih suka bersantai - santai di rumah je kot!

Papan maklumat yang berinformasi dan sangat berguna sebagai panduan.

Pintu gerbang. Ini kawasan untuk food truck. Memang tak berapa nak ramai orang kat kawasan ini.

Khemah urusetia yakni penganjur. Macam biasa aku akan mula jelajah Karnival ini dari arah kiri. Kita jalan sampai ke hujung dulu.

Akhirnya, sebelum ini preview je kan. Akhirnya sampai ke lokasi Karnival tersebut.

Memang meriah dengan dekorasi.

Ada belon besar juga di udara.

Ada TEKUN juga kat sini.

Lagi pintu gerbang yang ada.

Ada penganjuran Fun & Run juga sempena Karnival ini.

Pintu gerbang di mana - mana.

Akhirnya dah nak sampai ke hujung. Macam - macam ada.

Port OOTD.

Selfie sekeping bukti dah sampai. Abaikan rambut yang serabut macam sabut kepala itu.

Hari yang cerah langit yang membiru. Alhamdulillah Jerebu telah pergi menjauh.

Ada tempat duduk - duduk dan santai - santai juga walaupun bukan di tepi pantai.

Ada jualan bunga - bungaan dan tumbuh - tumbuhan.

Jualan pakaian. Nama syarikat ada di setiap depan khemah tersebut.

Macam - macam ada siapkan duit je.

Lagi antara yang berjualan.

Jom kita masuk ke khemah utama.

Kementerian yang menganjurkan acara ini.

Ada pertandingan Barista kat pentas utama.

Banyak juga agensi yang turut serta macam PKNS, Bank - bank dll (Tak ambil gambar)

Tak sangka yang agensi ni pun ada. Ambil peluang untuk semak. Alhamdulillah ada beribu - ribu RM untuk diri aku yang tak di tuntut. Jumlah yang paling besar RM 1.5k nak kena pergi RHB untuk dapatkan dokumen pengesahan. Baki RM 200+ sedang dalam proses. Syukur alhamdulillah rezeki. Prosesnya dalam tempoh 30 hari jika tak terima kena hubungi Jabatan Akuntan Negara Malaysia. Harap semuanya di permudahkanlah.

Ada juga rumah oren turut serta yakni shopee.

Dan yang ini Tik Tok Malaysia.

Yang bukan makanan pun ada juga jualannya.

Akhirnya berhenti di sini. Beli minuman yang mix.

Jarang - jarang minum Roselle kan.

Ada juga roselle kering.

Ada juga jualan kain batik.



Gaharu ada. Cendana tak tahu di mana.

Rasaanya dekat 100 juga kot perniaga yang terlibat.

Ambil gambar ikut suka hati. Yang mana ada gambar penjualnya minta maaflah ye.

Sini nampak menarik. Patutnya kalau majlis Konvokesyen atau yang sewaktu dengannya beli je bunga macam ini. Mungkin mahal sikit tapi boleh jadi bunga hiasan berbanding beli bunga hidup. Hanya indah seketika akhirnya layu dan di buang. Tak gitu?

Sahabat Brand? Tak pernah jumpa pulak produk macam ini di pasaran.

Kudap - kudapan pun ada.

Tali pinggang kau orang! Aku sejenis tak berapa gemar memakainya. Ingat dulu zaman sekolah dan waktu kerja di company pertama sebab kena pakai uniform.

Ada yang pernah cuba?

Maaf kak tumpang ambil gambar.

Syarikat printing pun ada juga 

Produkl kesihatan pun ada juga.

Nampak menyelerakan. Dah lama tak makan magga asam boi.

Majoriti yang berjualan adalah jenis produk ready to eat macam sambal - sambal ini.

Ada jualan aneka macam pes juga. Ini memang memudahkan untuk mereka yang tak berapa nak rajin siapkan bahan memasak terutama wanita berkerjaya.


Ada yang pernah try? Pestime nampak.

Ada juga jualan bunga - bungaan untuk hiasan.

Nama yang unit. Kan dah cakap banyak sungguh yang jualan sambal.


Rojak buah pun ada. Nyum!! Nyum!! Tapi tak beli.

Iktiar untuk yang ada sakit2 urat saraF

Ada juga jualan dari Kperasi Bernas. Ada je peniaga bagi sample untuk rasa - rasa. 

Farm Fresh lagi.. Dia adalah penaja untuk Pertandingan Barista.

Ada jualan jus minuman. Tapi macam tak pernah nampak je kat Pasaraya. Ha ha ha, mana nak nampak pasaraya pun jarang sekali masuk.

Antara jus minumannya. Jenama DRS.


Ada juga bongkah cendawan

Lagi yang berjualan.Tak semua gerai perniaga aku ambil gambar. Random je.

Yang nak makanan kesihataan untuk berpantang pun ada.

Jualan lemang pun ada.

Jualan jagung juga.

Pop corn pun ada.

Nota Kaki : Bersambung di episod akhir. Beratus gambar ada sebenarnya. Kasi tunjuk kemeriahan Karnival ini dari kaca mata seorang insan bernama shaizhar.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sayangnya x ramai pengunjung yg dtg. mungkin sbb kurang promosi kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada tak ramai. Dia ada waktu2nya. Sebenarnya saya tak ambil ke arah ramai - ramai orang. Malamnya ada konsert mestilah meriah sebab hiburan percuma untuk rakyat jelata walaupun artis biasa - biasa sahaja.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !