700 - Menyelam di Kedai Bundle : 2nd Street @ SS 13 & Jalan - Jalan Jepun @ The Summit USJ

shaizhar
19

 

Pertama kali di 2nd Street kat kawasan kilang area SS 13, Subang Jaya. Area ini memang menarik beli 4 percuma satu. Harga satu RM 5 je. 

Yang nak cari pakaian basahan untuk yang bekerja 'berat' atau yang bajet - bajet tu boleh cari kat sini.

Ini kat yang bahagian dalam. Ingatkan besarlah macam kat SS 15. Hanya ruangan bawah setingkat sahaja. Area ini lebih premium dan berkualiti dari kawasan tadi. 


Akhirnya tak beli apa - apa sebab tak jumpa apa yang dicari.

Menuju ke lokasi ke dua. Dah lama tak masuk The Summit USJ.

Di bahagian luar.

Akhirnya sampai juga Jepun tapi kat Malaysia.

Banyak giler barang jualannya.

Wah! kalau anakku Najla Nazihah datang ini agak - agak dia rambang mata tak?

Untuk kelengkapan rumah macam pinggan mangkuk dan yang sewaktu dengannya pun ada.

Ruangannya memang besar. Kalau betul - betul nak 'menyelam' ini boleh jadi 'lemas'.

Boleh dikatakan apa sahaja ada kat sini. Sila siapkan duit sahaja.

Pakaian pun banyak pilihan.

Betul lah kalau lama - lama kat sini, risau terbeli sesuatu.

Yang belum pernah datang boleh lah ukuar jalan - jalan jepun di cawangan berhampiran anda.

Harganya agak 'keras' sikit tapi basih berbaloi di bandingkan JBR Bundle. 

Akhirnya dah jumpa apa yang di cari jom lah kita bayar. (Tiada gambar diambil).

Ada ambil gambar kaunter tapi....

Jom cari harta karun!! 

Nota Kaki : Mungkin akan memilih pergi ke 2nd Street di cawangan yang lain pulak selepas ini sebab harganya macam lebih sesuai untuk insan - insan sepertiku. Masuk Jalan - Jalan Jepun takut sesat tak jumpa jalan keluar.

Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Jalan2 Jepun tu macam pernah tengok kat YT atau IG reel. Menarik kalau nak cari baju musim sejuk kat situ

    ReplyDelete
  2. Dkt area umah ada Jalan Jalan Japan.. Kalau pandai pilih dpt brg bundle mcm baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena ambil masa sikitlah untuk 'menyelam'

      Delete
  3. Seronoknya thrift shopping! 2nd Street memang pilihan berbaloi untuk bajet mesra, barangan tetap berkualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue lah lepas ini nak pergi dekat cawangan yang lain pulak.

      Delete
  4. jalan jalan japan tu banyak pilihan tapi yang menarik semuanya dah kena beli dengan ps. kalau pergi situ cari mangkuk atau bekas yang cantik dibuat pasu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam - macam ada kat sini. PS tu mesti dah berpengalaman tu yang mudah dapat brg yg dipesan.

      Delete
  5. All RM5.00 beli 4 percuma satu.. ini sangat lah baik ... kena pandai cari kalau dpt yg branded mmg seronok..

    ReplyDelete
  6. JJJ tu tmpt fav my boys ronda2 belek2 toys hahha kami biasanya pergi yg branch dlm setapak central

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada banyak branch juga rupanya. Tak pergi jepun . gi JJJ Jalan Jalan Jepun pun jadilah.

      Delete
  7. Ada satu kat dalam Kipmall JJJ ni.

    ReplyDelete
  8. Murah-murah kat JJJ ni. Kat sini pun boleh tahan besar dan banyak barang juga. Dulu pernahlah juga pergi cari props untuk gambar. Kalau masuk sini confirm lama. Betullah tu, jadi lemas terus kan. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai tak jumpa jalan keluar sudah.

      Delete
  9. Dah lama tak menyelam bundle... uncle ni peminat bundle...

    ReplyDelete
  10. Ini kalau dpt barang yg bagus, memang sukaaa lah. Suami saya yg biasanya rajin lihat2 barang bundle begini. Saya tak sabar 😅😅. JD jarang dpt bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena habiskan banyak masa untuk mencari yang kita suka & berkenan.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !