680 - Kembali ke Kuala Lumpur @ Bangunan Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka - Citrawara 2026 (Episod Akhir)

shaizhar
18

 

Jom kita pusing kat tepi Dataran Merdeka pulak.

Inilah laluan perarakan dan persembahan Citrawarna.

Maskot Tahun Melawat Malaysia. Ada lagi satu. Tapi ada orang tengah bergambar. Malas nak ambil.

Dari Kiri Bank Negara Malaysia & DBKL. Eh!!! motif....

Antara gerai jualan yang ada kat seni. Lebih kepada kraftangan dan hasil kreatif warga Malaysia.

Port OOTD Tapi tak ambil pun.

Durian? Nasib produk yang dah siap bukan jual buah durian fresh. Ha ha ha.

Antara pengunjung yang ada pada waktu dan masa itu.

Lagi suasanannya. Selamat ke gerai macam ini kalau hujan lebat + ribut. Eh! mana dia orang nak lari yek!! Oh.. kat bawah Dataran tu ada apa ye sekarang?

Jalan dan jalan sampai ke hujung.

Ada juga gerai aktiviti yang kat sebelah kiri ini. 

Macam - macam aktiviti ada.

Yang ini gerai kraftangan. Alah!! comey pulak budak pompuan kecik tu.

Ambil lah lagi satu. Ops!!! comey kan dia ambil gambar dengan maskot tahun melawat Malaysia itu.

Lagi both aktiviti iaitu memanah dan menembak

Lagi hasil karya anak tempatan Malaysia.

Yang kat sini aktiviti permainan tradisional. Ada main congkak dan batu seremban. Yang main 'jengkek kapal terbang' pun ada. Tak ambil gambar sebab ada budak tengah maian permain itu.

Akhirnya dah sampai ke penghujung.

Dan ini pameran dan jualan dari Sabah & Sarawak kalau tak silap. Ada jualan baju tradisional juga.

Ini hasil kraftangan Masyarakat Orang Asli Mah Meri.

Ada juga persembahan langsung. Ini muzik gambus kan?

Ada juga both karikatur. Siapa berminat boleh singgah melakar wajah. Tapi sekarang senang AI kan ada. Ha ha ha .

Jualan dari Karyaneka. Abaikan awekz awekz itu.

Bila dah minum banyak air terasa nak membuang ada disediakan tandas bergerak macam ini ye.

Langit sudah gelap. Adakah hujan akan turun?

Bangunan Sultan Abdul Samad selepas selesari Pemulihan. Makin cantik dan berseri - seri. Macam baru kata orang.

Selfie satu kali.

Ada persembahan kat pentas. Lagu dari Sabah & Sarawak.Sempat buat live di Tik Tok masa ini.

Enjoy sangat dengan seleksi lagu pilihannya. Bergoyang - goyang lah semua orang. Kira senaman tak?

Nota Kaki : Langit dah gelap. Terus melangkah kaki dan meninggalkan kenangan di petang hari ini.

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kalau bawak Najla sekali mesti dia seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu tu dia tak ada. Balik rumah kg sebab ada program family sana.

      Delete
  2. Wah, banyak dataran merdeka tu jika round banyak tempat menarik..sayang saya ke sana dah petang .dan agak terburu2..seharian jalan-jalan dengan keluarga ipar, termasuk ke Rawang dan ke Gamuda..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat gambar menarik semua saya lihat..

    ReplyDelete
  4. Kena datang lagi tau kat dataran ni nak melihat dengan sopan santun, tak buru-buru baru hebat tarvel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL ini banyak je event2. Tambah2 time Merdeka (Bulan 8) termasuk di Putrajaya.

      Delete
  5. saya teringin nak ronda2 dan OOTD kat sini cuma tak tau ler bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah pasti akan ada harinya di kedepannya.

      Delete
  6. sy nak pergi tapi tu laa ada hal lain pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rezeki lah tue. Tak pe boleh enjoy dengan tengok gambar - gambar kat sini.

      Delete
  7. Dari atas bangunan sampai terlupa nak tinjau² ke dataran.. tau² dah habis ye citrawarna nya hahaa..

    Kebizian ako 2 minggu ni menguruskan orang sakit...so lps ni bole.lepak BSAS lagi la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apalah. Harap enjoy dapat tengok gambar2 yang dirakamkan di sini.

      Delete
  8. Memori zaman sekolah memang nostalgia! Lawatan ke Bangunan Sultan Abdul Samad & KL City Gallery memang port wajib di Kuala Lumpur. Dulu naik bas rombongan juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu sekolah kampung kat kedah. Lawatan kat Bandar Alor Setar Sahaja. Masa form 5 pergi taklimat SPM kat UUM. Pertama kali masuk universiti

      Delete
  9. Meriah event Citrawana tahun ni. Banyak aktiviti juga. Tengok orang share yang waktu malam tu lagilah meriah dengan lampu-lampu warna-warni. Tak berkesempatan nak ke Dataran Merdeka tengok Bangunan Sultan Abdul Samad yang baru buka semula ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi time siang sahaja. Malas nak bersesak di malam hari.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !