656 - Jalan Jalan Kuala Lumpur Episod 3 @ Pasar Malam Jalan TAR

shaizhar
15

 

Dah lama tak naik LRT ini. Dulu nama dia STAR LRT laluan Ampang dan Sentul Timur memang tahun 1997-1999 memang laluan aku lah pergi balik kerja dari Pandan Indah ke KL. Biasanya turun dekat Pudu. Naik bas ke turun depan AM Bank kemudian mendaki KL Tower.

Muka kepenatan berjalan lebih berbelas ribu langkah hari ini. Kata episod jalan - jalan KL.

Menanti LRT tiba. Sebenarnya aku turun kat MRT Merdeka 118 dan berjalan ke LRT Plaza Rakyat.

Akhirnya sampai ke destinasi selanjutnya iaitu Pasar Malam Jalan TAR.

Dah lama tak datang. Sebab dah kenyang makan di IKEA dan kembung perut minum air free kat sana. Jadi episod ini hanyalah jalan - jalan sahaja.

Macam - macam yang dijual.Rambang mata juga. Nasib dah kenyang.

Kalau ke Jalan TAR ni wajib bawa duit banyak - banyak. Biasalah orang luar KL yang datang sini. 

Yang bukan makan atau minuman pun ada juga di jual.

Yang manis - manis pun ada ini.

Kiri dan kanan ornag berjualan. Masa ini awal lagi. Dalam pukul 4 petang kot. Jadi belum sesak dengan manusia.

Kat area sini dah sesat. Ni dekat area Semua House.

Ada juga jualan keropok

Karipap pusing pun ada. Nampak harganya macal 'kayangan' kalau tak silap RM 2.50

Viral katanya.

Jagung pun ada.

Jus - jus pun ada. Nikmat apa yang kau dustakan. Siap duit je.

Nota Kaki : Sepatutnya destinasi berikutnya ialah Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad dan menyaksikan Konsert dekat Pasar Seni. Tapi.... berlaku tragedi, disebabkan berbelas ribu langkah kaki kiriku kekejangan. Kream kata orang. Lama juga lah lebih 5 minit, Nasib masa tu dah dekat nak sampai LRT Masjid Jamek. Duduklah rest sekejap. Dah lama tak kenakan. Sakit yang teramat. Kat sekeliling tu tak ada pulak yang jual minyak panas ke. Jadi bertabahlah sehingga membaik sikit. Dekat 2 ke 3 hari baru pulih seperti sedia kala. Lepas ini dah tukar konsep dari berjalan kita bermotor - motoran rempit dengan My SYV.

Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kena banyakkan lagi berjalan ni Shai. Baru la tak cramp hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha. ye ye nanti saya jalan - jalan lagi pergi cari makan.

      Delete
  2. memang seksa kalau tiba2 cramp kaki

    ReplyDelete
  3. Dulu masa study almost every weekend pi Pasar Malam Jalan TAR ni...
    Kaki cramp kena banyakkan berjalan, supaya aliran darah lancar In Sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak berjalan. hari2 ulang alik tandas dekat berbelas kali mahu beribu langkah juga tu.

      Delete
  4. Sis kalau ke tempat gini, susah nak akwal nafsu weyy hahahaha
    Makan magnesium Shai untuk elakkan cramp.. elak generasi sakit lutut di hari tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik 'kakak' nanti nak kena cari besi magnesium ye..

      Delete
  5. Oooo... dulu dok pandan indah ke?
    Laluan uncle tu... dulu uncle selalu ambik lrt pandan jaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Pandan Indah 1998-1999, Apartment tepi LRT tue.

      Delete
  6. Dah lama juga tak pergi Pasar Malam Jalan TAR ni. Dulu balik kerja suka singgah beli cempedak goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang macam - macam ada jual. Siap duit je.

      Delete
  7. Kalau pergi pasar malam ni yang tak nak beli kita terbeli pulak. Rambang mata.

    ReplyDelete
  8. cramp sebab kurang jalan... makin tua ni kena banyak jalan shai.. sehari 10 ribu langkah..

    ReplyDelete
  9. Aiiiiih sampai cramp pula ya bang. Krn saya rutin gym, trainer saya selalu bilang, kalau bangun pagi, biasakan berdiri jinjit, turun, jinjit, turun, sampai 2 menit saja. Selain mengurangi cramp, itu juga melatih otot betis dan jantung. Krn betis kita bisa dibilang jantung kedua manusia.

    Saya dah rutin lakukan, dan sampai skr tak pernah lagi cramp kaki. Dulu sering

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !