774 - Kembali Explore Negeri Sembilan, Menuju Senawang (Cerita di Hari Ini : Mydin, Hi Tea & Check In Hotel)

shaizhar
2


AI ni tak tahu ke aku naik motor. Belasah sahajalah labu.

Tiba di senawang sekitar 1pm lebih kurang. Selesaikan apa yang patut.

Akhirnya sampai ke Mydin Senawang.

Dekorasi sempena Deepavali yang akan menjelma tak lama lagi.

Jomlah masuk buang masa. Check in pukul 3pm kau orang. Aduh!!!

Aneka macam buah - buahan. Niat hati nak beli buah potong. Tapi....

Minuman kegemaranku. Dulu tak banyak pilihan ada cincau sahaja. Sekarang dah macam - macam ada.

Yang mana tak berapa nak kuat berjalan boleh beli ini dekat Mydin.

Yang kanan tu pencuci pilihaku. Tapi harga dia sekarang boleh tahan ye. Aku baru order sabun dobi malaya.Tak sampai - sampai lagi.

Pentas kat Mydin Senawang. Aku beli perfume Dashing je. Tengok juga baju dengan seluar untuk kerja tak ada yang memenuhi citarasa.

Lalu ikut kawasan ini. Banyak juga pilihan makanan tapi aku hanya pandang sebelah mata sebab ada destinasi tujuan selanjutnya.

Akhirnya, sampai juga ke lokasi yang banyak blogger sudah pergi.

Aysha... kalau aku kaya nak buka cafe nama Hai Sha. Okay tak? ke Hey Sha. Berangan tak salah.


Kecik je rupanya. Kat dalam ada satu keluarga tengah makan.

Snap jelah dari luar dulu.

Antara produk jualan yang ada.

Duduk meja di luar. Ramai je orang tengah duduk makan/minum. Macam biasa order mengunakan QR Code. Waktu sampai sini dalam 2pm. Masih sejam nak check in hotel. Jadi buang masa pulak kat sini. Konon - konon minum petang lebih awal dari biasa. Tadi makan tengahari kan simple je nasi, telur, sayur dan cendol. Jadi memang ada ruang lagi untuk diisi.

Waktu operasi. Tutup pada hari isnin.

Minuman pilihan. Memang memenuhi citarasa anak tekak.

Yang mana nak makan nasi ada pilihan ini juga.

Menu pilihan citarasa barat katanya.

Alhamdulillah semuanya memenuhi citarasa anak tekak.

Selesai dan licin tanpa pembaziran. Jomlah kita menuju ke penginapan.

Tiba di penginapan sekitar 2.40pm lebih/kurang. Pilih hotel ikut bajet yang ditetapkan. Wajib bawah RM100 dan kalau lagi murah lagi baik.

Lobbynya kat tingkat satu. Gigih memanjat anak tangga.

Cantiknya. Karya siapakah ini?

Dah sampai kat receptionist. Tiada gambar di ambil.

Suasana lobby.

Harga kalau walk in. Aku baru tahu bilik aku booking tu terpisah dengan kamar mandi. Eh! tetiba maksudnya tandasnya kat luar. Aduh!!!

Lagi suasana lobbynya. Waktu ni hanya tinggal aku. 2 keluarga yang datang awal tadi dah check in.

Ada juga jualan di sini.

Aku dapatr kat tingkat atas sekali. Harap maaf sebab ada getaran di sini.

Bilik A 216. Di asingkan antara lelaki dan wanita. Terbaiklah.

Ni tandas untuk lelaki ada 3 kamar mandinya sekali tempat membuang hajat.

Biliknya yang selesa bagi aku.Tapi agak sempit sikit la. Tapi yang best sejuk tahap langit ke 7 dan bantak bukan 1, tapi 4 dan 2 tuala. Terbaik!!

Ada jualan juga ye walaupun dalam kamar tidur sahaja. Tempat gantungan pun ada.

Pintu dengan 2 selak. Betulkan. Selak. Yang atas dan yang kat pemegang.

Senarai harga. Tidak dibenarkan merokok.(Faham)

Antara yang dijual dan di letak dalam bilik.

Menuju ke Kamar mandinya. Ada 3 sinki,.

Ada 3 kamar mandinya. Aku masuk yang hujung sekali.

Tempat melepaskan hajat.

Nota Kaki : Bersambung di episod berikutnya. Episod terakhir di bumi Negeri Sembilan.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hotel yg kena kongsi bilik air ni byk kat Eropah tapi aku lebih sanggup bayar mahal dari ambik bilik yg takde tandas. Dah la kat sana campur lelaki & perempuan satu tingkat, jadi nak jaga aurat baik ambik bilik hotel yg ada tandas sekali 😅

    ReplyDelete
  2. oh nasib baik awak yang pergi...kalau ammi taknaklah duduk hotel tandas kat luar ni. leceh pulak nak mandi nak shishi kena bertudung bagai.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !