13.10.2026 untuk dikenang
13.10.2020 detik bersejarah lagi berdarah dari seorang bernama suami kepada duda terlajak laris
6 Tahun yang berlalu. Najla Nazihah paling terkesan. Ada HARAPAN yang diinginkan, namun IMPIAN dan KEINGINAN mungkin sukaR menjadi kenyataan kecuali munculnya KEAJAIBAN.
Alhamdulillah, walaupun PAHIT dan SUKAR melalui perjalanan 6 tahun ini tapi semuanya ada bermacam RASA. Walaupun PAHIT tetapi ianya tidak TAWAR dan wujud juga KEMANISAN walaupun sendiri.
Akhirnya AKU BERDAMAI DENGAN TAKDIR. Walaupun CINTA KITA KASIH KITA tamat pada titik 13.10.2020 dalam melalui DERITA INI dan EPISOD LUKA. Takdir Allah telah menetapkan BERPISAH AKHIRNYA.
Mesti ramai yang nak tahu KENAPA? MENGAPA? SEBAB APA? SALAH SIAPA?
Jawapan aku mudah sahaja. SEMUA SALAHKU. Mungkin ini TAKDIR kententuan UNTUKKU.
Akhirnya aku putuskan tak perlu INGAT benda yang BERLALU dan terus melangkah dan menghadapi HARI - HARI mendatang.
Semoga ada SINAR dan HARAPAN yang INDAH buat diriku. Insya-Allah akan melakukan sedaya upaya dan semampunya untuk MENGEMBIRAKAN satu - satunya NAJLA NAZIHAH binti SHAIZHAR
Nota Kaki : Syukur untuk semua perjalanan untuk menuju usia ke 46 Tahun, Jangan lupa 11.11.2026 nanti aku bagi SALE kow.. kow punya.


Semua yang berlaku ada hikmahnya Shai. Semoga hubungan korang tetap baik demi buah hati cahayamata korang, Najla Nazihah.
ReplyDeleteHarap 'hubungan' lepas Tragedi Oktober ini akan lebih membaik.
Deletesalam takziah..moga terus tabah..jln hidup kita telah tertulis, jd berdamai dgn taqdir tu adalah yg terbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semuanya dah tertulis. Dah betul-betul Berdamai dengan Takdir pun.
DeleteSemoga terus yakin, kuat dan berusaha untuk lebih bahagia dan bahagia 😉 No turning back, keep going until u deserve to be happy
ReplyDeleteTerima Kasih atas kata2 semangatnya. Alhamdulillah. Hidup 'solo' [un okay kan?
DeleteSetian insan ada kisah pahit dan manisnya. Terus tabah demi anakanda tercinta.
ReplyDeleteTerima Kasih PH.
Deletesemua orang buat silap, yang penting akui kesilapan kita dah muhasabah diri. Manalah tau esok lusa dapat jodoh baru....
ReplyDeleteDah usia macam ni.Sendiri lebih baik. Harap2 ke depan boleh duduk pondok atau kerja kat rumah orang2 tua ke. Mana tahu kan.
DeleteSuratan yg sudah ALLAH tentukan.
ReplyDeleteYa. Betul
DeleteMoga baik-baik ajer ya....nak kena baik keduanya demi puteri tercinta.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semakin hari semakin membaik dan cuba menjadi yang terbaik.
Deletesemoga dipermudahkan urusan kembali bujang., aminn
ReplyDeleteDah lama pun 'bujang kembali'. Apa pun TQ
DeleteStay strong brader... demi Yaya
ReplyDeleteThank You. UG
Deletesetiap ujian Allah datangkan pasti ada sebabnya. moga baik-baik saja
ReplyDeleteTerima Kasih. Alhamdulillah semuanya baik - baik sahaja.
DeleteAda hikmahnya, insya Allah, walaupun terkejut juga lah bila shai buat comeback dgn status yg berbeza. Apapun, nikmati hidup ini kita semua berhak bahagia 🤗
ReplyDeleteTak apaaaa Abang.. ini bukan akhir dunia. Saya pun pernah divorce. Tapi akhirnya Allah juga yang kasih jodoh kedua.
ReplyDeleteJadi yakin saja, maut, rezeki, jodoh itu semua rahasia Allah. Kalau memang ada lahh jodoh Abang, pasti insyaallah akan diketemukan ☺️. Sekarang ini dah lah, demi anak, jalin hubungan baik saja dengan mantan kan.