28/8/2024, hadir di sini untuk sessi taklimat.
Lokasi di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Ada banyak pilihan lain. Tapi 'hati' kata, marilah cuba yang pink ini.
Sessi di mulakan dengan check document. Semua upload dalam system. Update data peribadi, letak gambar, Kad pengenalan, roadtax.
Lepas dah settel kena beli peralatan iaitu kotak delivery serta t shirt. Harga biasa RM 150 tapi offer Ogos 2024 hanya RM 50 dengan syarat kena selesaikan 30 penghantaran dalam masa 10 hari. Kalau gagal kena bayar Baki RM 100 tu dari harga asalnya.
Aku memilih untuk berada bawa team BEKAL sebab menghantar makanan minuman dari vendor yang ada pengesahan halal sahaja. Kalau yang general dia ada pick up dari vendor non halal.
29/8/24 dah start kerja. Hari pertama slow sikit sebab dah lama tak buat kerja merempit ni kan. Dapat Selesaikan 10 order sahaja. Yang best kerja ini. Ianya flexsible. Boleh pilih time kerja yang kita suka Dan lokasi yang kita nak. Panjang masa kerja dan banyak penghantaran di buat banyaklah fulus akan masyuk.
Hari pertama pilih area Subang.
Hari kedua 30/8/24 pilih area PJ (Petaling Jaya) penat sikit sebab banyak hantar kat rumah tinggi - tinggi.Berjaya buat 12 penghantaran je.
Hari ketiga 31/8/24, Kembali cover area Subang. Alhamdulillah berjaya buat 19 penghantaran. Kalau ikutkan boleh lagi pergi sampai 25 tapi bateri dah kong.Belum beli power bank. Ye! Semua order pakai apps panda rider kat phone. Kena send gambar masa pick up dan penghantaran.
Ini kawasan liputan untuk cover area Subang. Dia ada Subang 2 juga, itu cover belah Subang Airport, Subang Perdana & Subang Bestari. Aku lebih prefer area Subang Jaya, USJ sebab majoriti rumahnya adalah landed.
Nota Kaki : Mula - mula memang penat. Badan tengah nak biasakan diri. Sekarang ini keluar masuk mall je lah kerjanya. Paling seksa kalau dapat job pick up kat Sunway Pyramid, jenuh nak mencari. Kalau Paradigm Mall, KJ aku mahir lah sikit. Apa pun semoga aku enjoy dengan kerja ini. Kalau nak hasil lebih kenalah kerja lebih.
Gud luck
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteFuuhhhh boleh kurus mcm ni! Tapi best sebab kerja fleksibel masa kan.
ReplyDeleteHarap - harap begitulah
Delete